Home Luar Negara WANITA LARI DARI HOSPITAL SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK

WANITA LARI DARI HOSPITAL SELEPAS PEMBEDAHAN PLASTIK

191
0

ANKARA: Wanita cuba menyelinap keluar dari hospital swasta di Istanbul, Turkiye, baru-baru ini, beberapa jam selepas menjalani pembedahan plastik, dipercayai bagi mengelak daripada membayar caj prosedur itu.

Oddity Central melaporkan, insiden itu berlaku pada minggu lalu di sebuah hospital swasta dekat kejiranan Sisli di Istanbul dan dirakam oleh individu yang lalu lalang.

Menerusi klip pendek yang tular di laman sosial, seorang wanita memakai pakaian hospital dan selipar putih dilihat bertengkar dengan doktor dan jururawat yang cuba menghalangnya daripada meninggalkan premis itu.

Wajah wanita itu kelihatan bengkak dan hampir penuh dengan pembalut dipercayai selepas menjalani pembedahan plastik beberapa jam sebelumnya.

Apa yang kurang masuk akal adalah wanita itu bertindak sedemikian sebaik sahaja biusnya ‘hilang’.

Akhbar berita Turki NTV melaporkan bahawa wanita warga asing itu, yang identiti dan kewarganegaraannya tidak didedahkan itu berada di Turkiye untuk menjalani pembedahan plastik di mukanya.

Dia sebelum itu didakwa bersetuju dengan prosedur dan kosnya tetapi didakwa cuba menyelinap keluar dari hospital tanpa membuat bayaran selepas selesai menjalani pembedahan dan sebaik sahaja boleh berjalan.

Malangnya, kakitangan hospital menyedari tindakannya yang cuba menyelinap keluar dari hospital.

Pertengkaran berlaku apabila wanita itu dihalang keluar oleh anggota keselamatan sehingga memaki hamun jururawat dan doktor dalam bahasa asing.

Dilaporkan, wanita kemudiannya dibawa masuk ke hospital, tetapi tidak jelas bagaimana isu itu diselesaikan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here