ROME: Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel menyifatkan persembahan anak buahnya sebagai ‘slapstick’ ketika tewas 1-0 kepada Lazio dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
Memetik laporan AGENSI Menerusi berita harian,Penalti Ciro Immobile memberikan kelebihan buat Lazio menjelang aksi timbal balik di Munich dalam perebutan tiket ke suku akhir.
“Di babak pertama, kami sepatutnya mendahului. Kami mempunyai tiga peluang keemasan, ia perlu disempurnakan. Di babak kedua, sedikit slapstick,” kata Tuchel.
Bayern menyaksikan pemainnya, Dayot Upamecano dibuang padang kerana mengasari Gustav Isaken dalam kotak penalti.
Immobile tampil menyempurnakan sepakan dan bagi Tuchel kesilapan beberapa individu menjadi punca kekalahan pasukannya.
“Kami melakukan banyak kesilapan individu dan memberikan penalti serta mengutip kad merah yang sia-sia.
“Persembahan kami memang menjurus kepada kekalahan, memang salah kami sepenuhnya,” katanya.
Kekalahan di Rome menyusul selepas Bayern ditewaskan 3-0 oleh Bayer Leverkusen dalam aksi Bundesliga yang meletakkan mereka lima mata di belakang pendahulu itu. – AFP,BH Online-
Imedikel TV






