Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Ramai dalam kalangan masyarakat kita terdedah dengan makanan segera dalam tin bagi tujuan menjimatkan masa dan tenaga.
Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu makanan dalam tin berkemungkinan mempunyai bakteria mati.
Walaupun ia sangat jarang, makanan dalam tin yang tidak diproses dengan betul mungkin mengandungi bakteria berbahaya yang dikenali sebagai Clostridium botulinum.
Makan makanan tercemar boleh menyebabkan botulisme, penyakit serius yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian jika tidak dirawat.
Kebanyakan kes botulisme berasal dari makanan yang tidak dimasak dengan betul di rumah. Botulisme daripada makanan tin adalah jarang berlaku.
Bagaimanapun, makanan dalam tin boleh menjadi pilihan berkhasiat apabila ketiadaan makanan segar kerana ia menyediakan nutrien penting dan sangat mudah.
Namun, makanan tin juga merupakan sumber yang signifikan daripada Bisphenol A (BPA), yang dapat menyebabkan masalah kesihatan.
Makanan dalam tin juga boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat, tetapi penting untuk membaca label dan pemilihan sepatutnya.
Kita juga diingatkan elakkan makan makanan dalam tin yang kemek,mengelebung,tamat tarikh luput kerana makanan dalam tin yang telah kemek dan gelembung berkemungkinan terdapat liang udara (pin hole) yang boleh menyebabkan bakteria seperti Clostridium botulinum membiak serta menghasilkan toksin (botulism) yang boleh menyebabkan kematian sekiranya termakan makan tin yang telah rosak ini.
IMedikel TV






