Home Luar Negara WABAK TAUN RAGUT 10 NYAWA DI AFRIKA SELATAN

WABAK TAUN RAGUT 10 NYAWA DI AFRIKA SELATAN

151
0

JOHANNESBURG: Wabak taun mengorbankan sekurang-kurangnya 10 mangsa di kawasan berhampiran Pretoria, ibu negara Afrika Selatan.

Ia menurut pihak berkuasa kesihatan sambil menggesa orang ramai untuk meningkatkan kewaspadaan.

Jabatan Kesihatan Wilayah Gauteng, Pretoria, berkata 95 orang mendapatkan rawatan di hospital tempatan sejak Isnin lalu.

Ia menunjukkan gejala taun, termasuk cirit-birit, kekejangan perut dan loya.

Ujian makmal pada Ahad mengesahkan sekurang-kurangnya 19 kes taun, kata jabatan itu dalam satu kenyataan, sambil menambah 37 orang masih menjalani rawatan.

Mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Foto: REUTERS

Ketua kesihatan wilayah, Nomantu Nkomo-Ralehoko, berkata kakitangan tambahan, termasuk pegawai perubatan dan jururawat digerakkan bagi menangani wabak itu yang berpusat di Hammanskraal, sebuah kawasan di utara Pretoria.

“Kami ingin mengulangi dan menggesa orang ramai untuk mengelakkan makanan, air dan permukaan yang diketahui atau disyaki tercemar dan mencuci tangan dengan bersih dengan sabun sebelum mengendalikan makanan atau selepas menggunakan bilik mandi,” kata Nkomo-Ralehoko.

Taun disebabkan bakteria yang biasanya disebarkan melalui makanan atau air tercemar.

Terdahulu, pihak berkuasa di Pretoria menggesa penduduk Hammanskraal dan kawasan sekitarnya supaya tidak minum air terus dari paip.

Sumber BH Online

Sumber AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here