Home Buletin Semasa MALAYSIA SASAR RM100 JUTA MENERUSI PENYERTAAN SULUNG DI FESTIVAL ANIMASI TERBESAR DUNIA

MALAYSIA SASAR RM100 JUTA MENERUSI PENYERTAAN SULUNG DI FESTIVAL ANIMASI TERBESAR DUNIA

42
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Malaysia mencipta sejarah apabila menyertai buat julung kalinya Annecy International Animation Film Festival and Market (MIFA) 2026 di Annecy, Perancis, dengan sasaran menjana nilai pelaburan dan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kerjasama strategik dalam industri animasi global.

Penyertaan bersejarah itu diterajui Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan berlangsung dari 21 hingga 27 Jun ini.

Menurut FINAS kira-kira 11 syarikat animasi tempatan  bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab industri kreatif dan animasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dalam kenyataan memaklumkan, penyertaan tersebut bertujuan mempromosikan harta intelek (IP) tempatan, meneroka peluang penerbitan bersama, memperluaskan jaringan perniagaan serta memperkukuh hubungan dengan pemain industri kreatif antarabangsa.

“MIFA 2026 menghimpunkan para penerbit, pelabur, pengedar, penyiar, platform penstriman dan penggiat industri kreatif dari seluruh dunia, sekali gus menyediakan platform strategik untuk mengetengahkan kandungan animasi Malaysia ke pasaran global.

“Anggaran nilai pelaburan dan jualan sebanyak RM100 juta dijangka diperoleh melalui potensi kerjasama penerbitan bersama, perkhidmatan animasi, pelaburan kandungan kreatif, pengedaran IP, serta kemasukan projek produksi antarabangsa ke Malaysia melalui inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI),”jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan,, usaha itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh daya saing industri kreatif negara serta meningkatkan potensi eksport kandungan kreatif Malaysia ke pasaran antarabangsa.

“Platform ini juga membuka ruang kepada syarikat Malaysia membina jaringan antarabangsa, menarik pelaburan serta meningkatkan kebolehpasaran,”menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here