Home Sukan VINGEGAARD SEMAKIN HAMPIR KECAPI KEJUARAAN GIRO D’ITALIA

VINGEGAARD SEMAKIN HAMPIR KECAPI KEJUARAAN GIRO D’ITALIA

35
0

ITALI: Pelumba Jonas Vingegaard berada di ambang kejuaraan Giro d’Italia selepas mempamerkan kayuhan penuh dominasi di pentas pendakian terakhir pada peringkat ke-penamat, semalam.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, pelumba pasukan Visma-Lease a Bike itu menampilkan kayuhan bertenaga di laluan pergunungan Piancavallo sekali gus melebarkan kedudukan selesa dalam klasifikasi keseluruhan menjelang peringkat terakhir di Rome.

“Saya suka menang, saya mahu memenangi sebanyak mungkin perlumbaan. Kami putuskan untuk menyerang lagi hari ini kerana ini hari terakhir di pergunungan, jadi semuanya perlu ditentukan hari ini. Kami turun habis-habisan,” kata Vingegaard.

Kemenangan itu menyaksikan pelumba Denmark berusia 29 tahun berkenaan kini hanya selangkah lagi untuk melengkapkan kejayaan Grand Tour dan menambah koleksi gelaran berprestij dalam kariernya.

Di belakangnya, pencabar terdekat Felix Gall ketinggalan lebih lima minit, manakala bekas juara Jai Hindley berada di kedudukan ketiga keseluruhan. 

Jika tiada sebarang insiden di peringkat terakhir, Vingegaard dijangka menamatkan saingan sebagai juara Giro d’Italia edisi 2026. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here