Home Hiburan RM200,000 DIMASUKKAN KE AKAUN AMYZA AZNAN – PAK NIL

RM200,000 DIMASUKKAN KE AKAUN AMYZA AZNAN – PAK NIL

15
0

KUALA LUMPUR: Biarpun Tabung Bantuan Adrian Adam, iaitu anak pelakon Amyza Aznan, ditutup pada Rabu lalu, rakyat Malaysia terus menyalurkan sumbangan dan menyokong usaha digerakkan selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi.

Menerusi hantaran media sosial, Aznil, 64, mengumumkan masih menerima sumbangan lebih RM4,000 meskipun tabung berkenaan sudah ditutup sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil berkata, baki sumbangan itu sudah dipindahkan sepenuhnya ke akaun Amyza, semalam.

“Salam semua, selepas Pak Nil beritahu Tabung Bantuan Adrian Adam, anak @amyzaaznankaaia ditutup, Pak Nil masih menerima baki infaq terkumpul sebanyak RM4,260.48.

“Pak Nil sudah pindahkan ke akaun Amyza keseluruhannya hari ini (semalam). 

“Jadi, tiada lagi bantuan yang diterima dan jumlah keseluruhan infaq adalah sebanyak RM196,208.21. Pak Nil genapkan dengan infaq Pak Nil sendiri sebanyak RM3,791.79 untuk menjadikan jumlah keseluruhan RM200,000. Terima kasih semua,” tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Inisiatif berkenaan diusahakan Aznil sejak 20 Mei lalu bagi membantu menampung kos rawatan Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.

Tabung bantuan itu bagaimanapun ditutup, Rabu lalu.

Aznil turut memaklumkan sanggup mengosongkan akaun peribadi bagi menjayakan usaha pengumpulan dana berkenaan.

Sebelum ini, Aznil pernah menggunakan kaedah sama bagi membantu penyanyi Zamani serta Allahyarham Ibnor Riza. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here