Home Ulasan Wartawan TRAGEDI KEPALA AIR DI KEMAMAM

TRAGEDI KEPALA AIR DI KEMAMAM

209
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian 10 keluarga yang berkelah lemas dan hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Kemamam.

Selepas operasi pencarian, dipercayai dua korban pertama Azizah Eiyi, 40, ditemukan pada pukul 12.45 tengah hari, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 ditemukan pada pada pukul 5 petang.

Namun begitu lapan yang lain masih belum dapat dikesan.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan orang ramai tentang kejadian ini untuk mendapatkan pendapat daripada mereka.

Hafizah Nadiah, 24, berpendapat orang ramai tidak digalakkan untuk membuat aktiviti di kawasan sungai dan pinggiran pantai pada musim hujan kerana boleh membahayakan nyawa mereka.

Hafizah Nadiah, 24, berharap orang ramai lebih berwaspada selepas kejadian yang menimpa 10 ahli keluarga tersebut.

“Beberapa hari sebelum kejadian kepala air itu berlaku, cuaca didapati tidak menentu seperti hujan serta ribut kencang di kawasan Pantai Timur, jadi memang menempuh maut lah kalau masih membiarkan keluarga untuk mandi di kawasan tersebut.

“Bagi saya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah meletakkan tanda-tanda amaran di kawasan yang kerap dinaiki kepala air bagi peringatan kepada pengunjung-pengunjung luar, itu mungkin boleh memberi langkah berjaga-jaga kepada mereka,”katanya.

Amir Mustaqim Hasan, 25, dari Dungun, Terengganu berpendapat penting untuk orang awam ambil cakna tentang kejadian atau musibah yang pernah berlaku di Malaysia atau yang pernah terjadi disebabkan kepala air.

Amir Mustaqim, 25, menasihatkan orang awam agar tiktikberatkan keselamatan apabila berkunjung di pinggiran pantai.

“Kalau nak beriadah, bersantai, nak healing dekat tepi sungai ke yang boleh menyebabkan risiko keselamatan ni bagi saya untuk musim sekarang hujan dan paras air sungai naik memang tak digalakkan la, mereka sepatutnya kenalpasti tempat yang ingin dikunjungi, selidik dahulu soal risiko yang pernah berlaku di tempat tersebut malah penting untuk ambil maklum atas amaran dan larangan pihak berwajib.

“Bila datang beriadah perlu pastikan sama sama berada berdekatan supaya tidak berpecah dalam satu masa. Melalui kejadian itu, saya dapati hanya keluarga mereka sahaja di situ mungkin tidak ada orang lain dan kejadian kepala air itu memang kita tidak boleh dijangkau bila dia datang tetapi elakkan untuk mengambil risiko,” katanya.

Jamilat Mat, 45, berkata kepala air memang bahaya dan boleh membawa maut.

Jamilah Mat, 45, menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu leka dengan keseronokan ketika mandi di sungai atau pantai.

“Banyak lagi tempat lain yang boleh beriadah kenapa mereka berkunjung di tempat yang tiada orang ramai, kejadian itu betul-betul mengancam nyawa dengan kepala air yang datang meragut nyawa mereka tanpa dijangka.

“Setahu saya kalau tempat yang selalu ada kepala air ni memang pihak berwajib melarang untuk pergi ke sana tetapi bagaimana mereka boleh pergi untuk ke sana, tanda tanda ada kepala air ni macam perubahan warna air daripada jernih kepada gelap dan aliran air yang tenang akan bertukar deras tapi itulah bila tengah bermain di kawasan itu mungkin mereka tidak perasan akan tanda-tanda tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Orang ramai digalakkan agar tidak mengambil risiko dengan beriada di kawasan pinggiran sungai atau pantai di tempat yang jarang dikunjungi ramai dan ketika cuaca yang tidak menentu kerana boleh membahayakan nyawa.

Bagaimanapun, turut mendoakan agar lapan mangsa yang khuatiri lemas masih belum ditemui itu akan segera ditemui.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here