Home Sukan SUHAIMI IDAM HATRIK TANPA BOLOS

SUHAIMI IDAM HATRIK TANPA BOLOS

277
0

KUALA TERENGGANU: Penjaga gol nombor satu Terengganu FC (TFC), Suhaimi Husin idam untuk mencipta hatrik tanpa bolos dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Memetik laporan Berita Harian, skuad kendalian Badrul Afzan Razali bakal bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras untuk berdepan dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

Terdahulu penjaga gol yang memulakan kariernya bersama kelab Hanelang FC itu beraksi cemerlang pada dua aksi terakhir ketika pasukannya menang 3-0 menumpaskan Imigresen FC dalam saingan Piala FA dan 4-0 ke atas Melaka FC dalam saingan liga minggu lalu.

Bagaimanapun bekas penjaga gol kebangsaan berusia 31 tahun itu akui benteng pasukannya perlu lebih kebal bagi memastikan misinya untuk mengekalkan rekod tanpa bolos dalam tiga perlawanan berturut-turut tercapai.

Katanya, peningkatan prestasi yang diperagakan pertahanan import, Diego Landis serta pemain tempatan begitu melegakannya di benteng terakhir pasukan.

“Harap ia menjadi kenyataan biarpun beraksi di tempat lawan, namun benteng pertahanan kami perlu bijak mematah asakan pemain lawan yang pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mengutip tiga mata di tempat sendiri.

“Pada masa sama rakan sepasukan tidak boleh membiarkan menguasai bahagian tengah termasuk mendapat sepakan percuma berdekatan dengan kotak penalti kerana mereka ada bekas pemain TFC musim lalu, Safawi Rasid untuk mengambil sepakan itu,” katanya.

Berdasarkan carta liga, skuad kendalian Badrul Afzan Razali kini menghuni di tangga ketiga liga dengan mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan manakala KL City FC di tempat kedua dengan 13 mata. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here