Home Hiburan IDA RAHAYU SEDIH HILANG RAKAN SEKERJA PROJEK FILEM EJEN ALI

IDA RAHAYU SEDIH HILANG RAKAN SEKERJA PROJEK FILEM EJEN ALI

515
0

KUALA LUMPUR: Pelakon suara watak animasi Ejen Ali, Ida Rahayu Yusoff, mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah, semalam adalah rakan sekerjanya di WAU Animation Studios Sdn Bhd, Andi Abdul Ghani Kadir.

Memetik laporan Harian Metro, Ida ketika dihubungi memaklumkan Allahyarham Andi, 41, bertugas sebagai pengarah animasi di studio berkenaan sejak penubuhannya.

“Ya, dia memang bekerja di WAU. Dia pengarah di bahagian animasi dan hampir semua karya animasi WAU ada sentuhan arwah. Dia bekerja di WAU lebih kurang 12 tahun.

“Cuma maaf, saya tiada banyak informasi. Saya hanya tahu arwah terbabit kemalangan sebelum terjatuh ke sungai,” katanya ringkas menerusi WhatsApp.

Ida juga memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut berikutan masih bersedih dengan pemergian rakan sekerja yang baharu mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

“Maaf ya, saya sebak… Masih bersedih,” katanya.

Semalam media melaporkan mayat Andi ditemui pada jam 11.25 pagi berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang, tidak jauh dari jambatan Kampung Batu Putih.

Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, Andi bersama isterinya yang berusia 33 tahun dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kenderaan dipandu isterinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Mangsa kemudian dikatakan keluar dari kenderaan dan kali terakhir dilihat berada di jambatan sungai kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan mayat Andi ditemukan pasukan penyelamat di tepi sungai, berhampiran lokasi dia dipercayai terjatuh. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here