Home Buletin Semasa 58 MURID SK GALING BUKTI KEBOLEHAN HASILKAN KARYA ‘PENA MENGUKIR PELANGI’

58 MURID SK GALING BUKTI KEBOLEHAN HASILKAN KARYA ‘PENA MENGUKIR PELANGI’

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Seramai 58 murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, di sini dibantu guru berjaya menghasilkan buku bertajuk ‘Pena Mengukir Pelangi’ yang menghimpunkan pelbagai cerita menarik dan menghiburkan.

Kelab Persatuan Bahasa Melayu dibawah Unit Kokurikulum dengan kerjasama guru berpengalaman dalam bidang penulisan sebelum ini berjaya menghasilkan buku penulisan kreatif ‘Menyulam Rasa dan’ ‘Lukisan Hati’.

Guru Besar SK Galing, Mohd Juzairi Zainudin, berkata kemampuan kumpulan murid tahun dibantu guru menghasilkan tiga buku  membuktikan kemampuan serta kerjasama erat  menghasilkan produk terbaik yang merealisasikan penulisan kreatif.

Menurutnya, produk yang dihasilkan bukti kemampuan warga SK Galing dalam menghasilkan karja sendiri, kejayaan menghasilkan dua buku sebelum ini menambahkan lagi keyakinan pihaknya menerbitkan karya ketiga yang mempunyai tarikan dan bermutu.

“Membaca dan menulis merupakan kaedah untuk menimba ilmu dan diaplikasi dalam aktiviti pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas. Bakat dalam penulisan berkait rapat dengan tabiat membaca kerana karya yang menarik dan berinformatif dihasilkan penulis yang banyak membaca.

“Usaha mendekatkan warga SK Galing dengan bahan bacaan Bahasa Melayu pelbagai genre umpama ‘Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan’, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Antologi Penulisan Kreatif GAPS 3.0 ‘Pena Mengukir Pelangi’ disempurnakan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datin Julian Abdullah di Dewan Sri Galing, di sini hari ini.

Teks ucapanya dibaca oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Azharudeey Abd Aziz.

Bagi Julian, dia terharu dan berbangga dengan kemampuan serta kebolehan 58 murid tahun enam SK Galing dibantu barisan guru berpengalaman menghasilkan buku yang menghimpunkan pelbagai cerita menarik serta menghiburkan.

“Murid pelbagai kaum tampil dengan karya yang mereka hasilkan daripada pengalaman dan pembacaan yang diluahkan dalam bentuk cerita menerusi susunan ayat yang mudah difahami.

“Saya berharap projek antologi penulisan kreatif yang diusahakan warga SK Galing dapat diteruskan selain menjadi contoh pada sekolah lain,” katanya yang yakin lebih banyak karya dapat dihasilkan oleh murid sekiranya diberi peluang menulis.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here