Home Luar Negara BAYI 8 BULAN JADI PENDERMA TUBUH TERMUDA

BAYI 8 BULAN JADI PENDERMA TUBUH TERMUDA

311
0

HANGZHOU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di Timur China meninggal dunia akibat penyakit jantung kongenital, menjadikannya antara penderma tubuh termuda di negara itu, lapor South China Morning Post.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, bayi yang berasal dari Hangzhou itu dikenali sebagai Xile, yang bermaksud kebahagiaan dan kegembiraan.

Difahamkan, sejak lahir pada Januari lalu, Xile berdepan masalah jantung yang menyebabkan kesukaran bernafas serius dan kegagalan jantung.

Dalam pada itu, doktornya, Shi Shanshan, berkata, Xile menjalani beberapa pembedahan kerana kerap mengalami kegagalan pernafasan.

“Xile suka tersenyum dan sangat comel serta kuat,” katanya.

Namun, keadaan Xile semakin merosot sehingga doktor berulang kali menasihati ibu bapanya supaya menghentikan rawatan.

Pada 12 September lalu, ibu bapanya membuat keputusan berat untuk menamatkan rawatan selepas tidak sanggup lagi melihat anak mereka menderita.

Xile meninggal dunia pada hari sama akibat kegagalan pelbagai organ.

Susulan itu, ibu bapanya kemudian memutuskan untuk mendermakan tubuh Xile kepada Kolej Perubatan Hangzhou bagi tujuan penyelidikan.

Sementara itu, ibunya, seorang jururawat, pada awalnya berharap dapat mendermakan organ anaknya tetapi penyakit berpanjangan menyebabkan hampir semua organ gagal berfungsi.

“Walaupun kami tidak dapat menyelamatkannya, kami mahu memberi harapan kepada kanak-kanak lain pada masa hadapan,” katanya.

Majlis perpisahan empat hari kemudian menyaksikan tubuh kecil Xile dikelilingi bunga putih dan kuning dengan beberapa doktor membongkok memberi penghormatan.

Kisahnya menyentuh hati ramai selepas ibunya menulis surat perpisahan di media sosial dan kisah itu tular dengan lebih 800,000 tontonan dalam talian. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here