ARBIL, Iraq: Dron yang penuh dengan bahan letupan ditembak jatuh berhampiran lapangan terbang Arbil pada Isnin, dengan dua lagi kemudiannya mengenai medan minyak di wilayah autonomi Kurdistan Iraq, kata pasukan keselamatan Kurdish.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, dron itu adalah yang kedua dipintas bulan ini berhampiran lapangan terbang, yang turut menempatkan tentera Amerika Syarikat.
Kemudian pada Isnin, pihak berkuasa mengumumkan bahawa dua dron menyerang sebuah medan minyak.
Komando Operasi Bersama Iraq dalam satu kenyataan berkata, “dua dron menyasarkan” medan Khurmala, menyebabkan kerosakan material.
Ia menambah bahawa ia sedang berkoordinasi dengan pasukan keselamatan Kurdistan untuk menyiasat serangan itu.
Tiada tuntutan bertanggungjawab bagi ketiga-tiga dron itu.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Iraq menyaksikan demi serangan dron dan roket.
Pada 3 Julai, pihak berkuasa berkata, sebuah dron dijatuhkan berhampiran lapangan terbang Arbil, dengan kementerian dalam negeri serantau menyalahkan Pasukan Mobilisasi Popular (PMF) atas serangan itu.
PMF – Hashed al-Shaabi dalam Bahasa Arab – adalah gabungan bekas paramilitari pro-Iran yang kini diintegrasikan ke dalam angkatan bersenjata tetap.
Kerajaan persekutuan di Baghdad menolak tuduhan terhadap “institusi keselamatan rasmi Iraq.”
Lapangan terbang Arbil sering menjadi sasaran serangan roket dan dron pada tahun-tahun sebelumnya.
Sudah lama dilanda konflik, Iraq menjadi medan pertempuran yang kerap untuk serangan sedemikian, sering dikaitkan dengan perjuangan proksi serantau.
Negara itu baru-baru ini mula mencapai semula tahap kestabilan selepas berdekad-dekad peperangan dan pergolakan. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






