Home Segmen Kesihatan SAHUR TAPI RASA LEMAU, PUNCA KURANG KUALITI TIDUR

SAHUR TAPI RASA LEMAU, PUNCA KURANG KUALITI TIDUR

308
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ramadan sering menjadi cabaran untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari, meskipun ramai tidak pernah gagal bangun sahur.

Namun begitu, rasa lesu, mengantuk dan kurang fokus tetap menghantui ramai sepanjang siang hari.

Salah satu punca utama yang sering tidak disedari ialah kualiti tidur yang terganggu.

Waktu tidur yang terputus atau terlalu singkat memberi kesan langsung kepada tahap kecergasan fizikal dan mental.

Tidur yang tidak cukup atau tidak lena membuatkan tubuh gagal melalui fasa rehat yang diperlukan untuk pemulihan tenaga.

Kebiasaan berjaga lewat malam, ditambah dengan waktu sahur yang menjengah awal pagi, menyebabkan waktu tidur menjadi singkat.

Ada juga yang memilih untuk tidur semula selepas sahur, tetapi kualiti tidur pada waktu itu mungkin tidak setanding dengan tidur malam yang lebih stabil.

Selain waktu, faktor seperti penggunaan gajet sebelum tidur, pencahayaan bilik, suhu persekitaran dan beban minda juga boleh mempengaruhi keupayaan seseorang untuk mendapatkan tidur yang benar-benar berkualiti.

Untuk kekal cergas sepanjang hari, pengurusan masa tidur perlu diberi perhatian sama seperti pengurusan waktu makan.

Tidur lebih awal pada waktu malam, elak gangguan skrin sebelum tidur dan cipta suasana rehat yang selesa adalah antara langkah yang membantu tubuh berehat dengan lebih baik.

Meskipun Ramadan mengubah rutin harian, menjaga kualiti tidur tetap penting untuk memastikan tubuh kekal bertenaga, minda fokus dan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here