Home Sukan PIALA DUNIA UNTUNGKAN PENGHANTAR MAKANAN

PIALA DUNIA UNTUNGKAN PENGHANTAR MAKANAN

33
0

NEW DELHI: Permintaan penghantaran makanan pada lewat malam di India meningkat mendadak sepanjang Piala Dunia 2026 apabila jutaan peminat berjaga sehingga awal pagi untuk menyaksikan aksi bola sepak, sekali gus mengubah corak makan dan tidur mereka.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, menurut pemain industri, segmen penghantaran makanan pada waktu malam yang sebelum ini berkembang perlahan kini menikmati lonjakan ketara hasil demam Piala Dunia, terutama dalam kalangan pengguna muda yang memilih untuk menonton perlawanan secara langsung dari rumah.

Platform penghantaran makanan melaporkan peningkatan pesanan antara tengah malam hingga awal pagi, dengan makanan segera, snek dan minuman menjadi pilihan utama sepanjang kejohanan.

Pengendali industri berkata, kejohanan bola sepak terbesar dunia itu secara tidak langsung mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada restoran dan penyedia perkhidmatan penghantaran yang sanggup beroperasi sehingga lewat malam.

Selain faktor Piala Dunia, perubahan gaya hidup generasi muda yang lebih aktif pada waktu malam turut menyumbang kepada pertumbuhan permintaan, sekali gus menjadikan penghantaran makanan lewat malam semakin penting dalam strategi perniagaan syarikat. 

Bagaimanapun, pemain industri percaya lonjakan itu bukan sekadar fenomena bermusim, malah berpotensi menjadi trend berterusan jika syarikat terus menawarkan pilihan makanan, promosi dan operasi yang sesuai dengan keperluan pengguna pada waktu malam.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here