Home Buletin Semasa PENJELASAN BERKENAAN PENULISAN TULAR TENTANG STATUS HALAL MAKANAN TERNAKAN

PENJELASAN BERKENAAN PENULISAN TULAR TENTANG STATUS HALAL MAKANAN TERNAKAN

182
0

PUTRAJAYA: Merujuk kepada satu penulisan tular melalui WhatsApp berkaitan status halal makanan ternakan untuk ayam yang ditulis oleh Dr. Saari.

Jabatan Perkhidmatan Veternina (DVS) dalam satu kenyataan berkata, ianya merupakan isu tahun 2007 dan pernah dijawab oleh JAKIM bersama DVS pada 20 Jun 2016 yang lalu.

Untuk makluman, DVS ingin menegaskan bahawa aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan, untuk memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain dan bagi perkara-perkara lain yang bersampingan dengannya.

Kandungan bahan mentah untuk makanan ayam komersial terdiri dari majoritinya ialah jagung bijian (55%) dan soya bean meal (25%).

Berkaitan penggunaan bahan terlarang seperti antibiotik nitrofuran atau bahan kimia, ia dikawalselia di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Antibiotik, Hormon dan Bahan Kimia Lain Terlarang) 2012.

Persijilan logo halal JAKIM adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia serta tidak mencakupi skop makanan ternakan.

Justeru, logo halal JAKIM tidak boleh digunakan pada label makanan haiwan seperti dakwaan Dr. Saari.

DVS berharap dengan penjelasan ini, penulisan tulisan tersebut dihentikan sebarannya memandangkan penulis tiada asas dalam dakwaannya serta menurut semakan dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC), Dr. Saari ini tiada mempunyai perakuan amalan tahunan semasa.

Sumber Jabatan Penerangan Malaysia

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here