Home Luar Negara PEMANDU SEBABKAN 10 MAUT KEMALANGAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

PEMANDU SEBABKAN 10 MAUT KEMALANGAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

218
0

Sydney, AUSTRALIA: Seorang pemandu bas berusia 58 tahun dihadapkan ke Mahkamah di sini pada Selasa untuk didakwa atas kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan 10 individu yang menghadiri majlis perkahwinan maut.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya Polis David Waddell berkata pihak pendakwa raya akan mendakwa lelaki itu memandu “terlalu laju” dalam keadaan yang dipercayai berkabus sebelum tengah malam Ahad.

Bas yang membawa 35 penumpang itu hilang kawalan ketika melalui bulatan sebelum terbalik dan membunuh 9 penumpang serta merta.

Beberapa ketika sebelum itu, mereka telah meraikan perkahwinan pasangan muda di Wandin Estate Winery berdekatan di kawasan wain Hunter Valley yang indah di Australia.

Seorang lagi penumpang kemudian meninggal dunia di hospital.

Empat belas tetamu masih dirawat di hospital, termasuk dua dalam rawatan rapi.

Mangsa berumur antara 20 hingga 60 tahun dan mengalami kecederaan dan patah tulang.

Polis masih menyiasat kejadian itu.

Tetapi mereka sudah pun mendakwa lelaki itu, yang sepatutnya hadir di Mahkamah Cessnock selepas dinafikan ikat jamin.

Polis berkata bahawa ujian alkohol awal kembali negatif, tetapi pemandu didakwa memandu bas itu dalam keadaan laju sebelum nahas berlaku yang turut dilaporkan penumpang.

“Kami sudah mendakwa pemandu bas berusia 58 tahun itu, kami telah mendakwanya dengan 11 pertuduhan,” kata Waddell.

“Dia memasuki bulatan itu dengan cara yang tidak betul dan terlalu laju ketika melaluinya hingga menyebabkan kenderaan terbalik ke sebelah kiri dan menyebabkan kemalangan itu,” katanya lagi.

Nahas jalan raya itu adalah yang paling teruk di Australia dalam tempoh 16 tahun kata Perdana Menteri Anthony Albanese yang turut mengucapkan takziah kepada mangsa.

“Untuk hari yang menggembirakan seperti itu di tempat yang indah berakhir dengan kehilangan nyawa dan kecederaan yang begitu kejam dan sangat menyedihkan dan sangat tidak adil,” katanya.

Sumber: HMetro Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here