Home Buletin Semasa GAJET UNTUK KANAK-KANAK PERLU ATAU TIDAK?

GAJET UNTUK KANAK-KANAK PERLU ATAU TIDAK?

133
0

KOTA BHARU: Gajet seperti telefon pintar memang tidak asing lagi dalam dunia teknologi dan digital masa kini malah alat komunikasi ini menjadi keutamaan kepada masyarakat masa kini.

Kegunaan serta kemudahan teknologi ini memudahkan pelbagai urusan dibuat khususnya melalui dalam talian.

Sebagai contoh, pembelian barangan, tempahan makanan dan minuman, pembayaran utiliti seperti bil air, elektrik, telekomunikasi, tempahan pengangkutan dan penginapan, alat hiburan serta banyak lagi.

Zaman berganti zaman, peredaran masa teknologi komunikasi seperti telefon pintar di arus kemodenan ini bukan sahaja digunakan orang dewasa, bahkan segelintir ibu bapa memberikan gajet ini kepada anak di usia yang sangat kecil.

Malah, kebanyakkan alasan yang sering diberikan adalah untuk memberikan anak kecil itu hiburan serta menenangkannya jika dalam keadaan tantrum.

Namun, secara tidak sedar, tabiat ini kurang baik dari segi perkembangan diri dan kesihatan anak itu sendiri jika tidak dikawal.

Team Imedikel TV sempat menemu bual orang awam untuk bertanyakan pendapat mereka tentang isu ini.

Nadia, 29, berkata pemberian gajet kepada kanak-kanak berbeza mengikut situasi sekeliling serta semuanya bergantung kepada ibu bapa dalam mengawalnya.

“Sesetengah kanak-kanak zaman sekarang dia memang akan diam, senyap bila ada gajet di depan mereka, contohnya waktu makan kalau kita duduk di restoran dan keadaan tu memang memaksa anak kita untuk diam agar tidak menganggu keadaan sekeliling kita boleh bagi, tapi ada syaratlah untuk ibu bapa terapkan dalam diri anak-anak”

Nadia berkata jika tidak dikawal ia akan memberikan kesan negatif kepada anak-anak seperti kurang bersosial dengan orang sekeliling terutamanya keluarga.

Tidak dinafikan juga pemberian gajet mempunyai kebaikan yang tersendiri, jika ibu bapa bijak meguruskan penggunaan gajet terhadap anak mereka ia boleh mendatangkan kesan positif terhadap perkembangan anak-anak seperti kemahiran bahasa asing serta peningkatan daya kreatviti.

Anda ada anak? Adakah penggunaan gajet perlu untuk anak-anak anda? Dan di usia berapakah kita sebagai ibu bapa perlu memberikan gajet untuk anak-anak? Pilihan ditangan kita.

Sumber: HMetro Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here