Home Buletin Semasa ORANG RAMAI SUDAH SEDIA TERIMA UJIAN MYSIREN JAM 10.10 PAGI HARI INI

ORANG RAMAI SUDAH SEDIA TERIMA UJIAN MYSIREN JAM 10.10 PAGI HARI INI

Oleh: Afrizam Arif @IMedikel TV

PASIR PUTEH: Orang ramai dilihat sudah bersedia untuk menerima notifikasi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan pada jam 10.10 pagi hari ini selepas hebahan mengenainya dibuat sejak beberapa hari lalu.

Ujian berkenaan berlangsung dari jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi dan bertujuan menguji keupayaan sistem menyalurkan amaran kecemasan secara pantas kepada pengguna telefon bimbit. MySiren diuji serentak seluruh negara pagi ini.

Bekas guru, Torek Sulong, 60, berkata, sejak awal pagi, ramai pengguna media sosial berkongsi peringatan mengenai ujian berkenaan selain mengingatkan ahli keluarga, terutama warga emas, supaya tidak panik apabila menerima notifikasi tersebut.

“Apabila notifikasi ujian MySiren berbunyi di telefon bimbit, ketika ini saya berada pada program, semua sudah tahu dan memberitahu itu adalah peringatan berkaitan MySiren.

“Kita tahu ujian ini dilaksanakan bagi menguji keupayaan sistem MySiren menyalurkan amaran kecemasan secara pantas kepada pengguna telefon bimbit ketika berlakunya bencana atau situasi kecemasan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, MySiren diuji serentak seluruh negara pagi ini di mana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan pengguna mungkin menerima bunyi amaran khas, getaran serta mesej pop-up bertulis “Ujian Amaran” pada skrin peranti mereka sepanjang tempoh ujian dijalankan.

Menurut NADMA, orang ramai tidak perlu panik sekiranya menerima notifikasi berkenaan kerana ia hanyalah ujian sistem dan bukannya amaran bencana sebenar.

Sistem tersebut menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran dihantar secara serentak kepada peranti yang serasi melalui rangkaian 4G dan 5G tanpa menggunakan data internet pengguna. MySiren diuji serentak seluruh negara pagi ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini menjelaskan MySiren boleh digunakan untuk pelbagai jenis kecemasan termasuk cuaca buruk, banjir, tsunami, kebakaran besar, insiden bahan berbahaya dan ancaman keselamatan awam.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here