Home Buletin Semasa JPJ PAHANG ADAKAN UJIAN, 20 CALON LULUS LESEN KELAS H

JPJ PAHANG ADAKAN UJIAN, 20 CALON LULUS LESEN KELAS H

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

ROMPIN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muadzam Shah, di sini mengadakan sesi ujian bagi mendapatkan lesen memandu Kelas H di Keratong, dekat sini kelmarin.

Program dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) disertai 20 calon terdiri daripada kakitangan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) termasuk calon persendirian bertujuan memastikan setiap calon memiliki tahap kompetensi dan kemahiran.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, sesi ujian yang diadakan memberi kemudahan kepada calon berkumpul untuk mengikuti ujian secara berkumpulan.

Selepas belajar mengendalikan jentera berat yang disediakan, calon tampil mengikuti ujian dengan membawa harapan untuk lulus seterusnya berjaya memiliki lesen Kelas H sebagai bekalan kepada mereka bertugas sebagai pemandu jentera berat.

Menurutnya, lesen Kelas H  diperlukan oleh pemandu dalam pengendalian jentera berat serta mematuhi peraturan yang ditetapkan, tanpa lesen mereka yang mengendali jentera berat akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Pada program kali ini seramai 20 orang calon yang terdiri daripada calon persendirian dan calon daripada kakitangan FGV telah menduduki ujian tersebut,semua calon berjaya lulus dengan mencatatkan kadar kelulusan 100 peratus.

“Tujuan utama ujian ini diadakan bagi memastikan setiap calon memiliki tahap kompetensi dan kemahiran yang diperlukan dalam pengendalian jentera berat serta mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, jabatan  sentiasa komited dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan aspek keselamatan dan kompetensi pemandu terus diberi keutamaan.

Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya berkata, agensi kerajaan dan swasta dipelawa untuk bekerjasama dengan JPJ Pahang mengadakan sesi ujian

bagi mendapatkan lesen memandu Kelas H, kerjasama itu bagi kemudahan calon dan agensi berkaitan.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here