Home Buletin Semasa PEMANDU LORI PERLU LEBIH BERHATI-HATI

PEMANDU LORI PERLU LEBIH BERHATI-HATI

193
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kita dikejutkan dengan berita kematian enam beranak sekelip mata dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kuantan-Segamat Sabtu lalu.

Kes itu benar-benar menyentuh hati semua di seluruh negara memandangkan mangsa sekeluarga dirempuh oleh lori yang membawa muatan pasir.

Lori itu dipercayai mempunyai masalah brek dan memasuki laluan bertentangan menyebabkan kereta Perodua ALZA dinaiki mangsa dirempuh sehingga maut.

Mangsa sekeluarga meninggalkan seorang anak sulung, Abdurrahman AmirRuddin,19.

Dalam pada itu, team Imedikel TV berkesempatan menemu bual orang ramai berhubung kes berkenaan bagi mengulas isu kematian itu.

Siti Sarah Ahmad Murad, 25, dari Pahang, turut berdukacita akan kematian yang melibatkan enam sekeluarga dan pemandu lori pasir serta kenderaan lain.

Siti Sarah Ahmad Murad, 25, turut bersimpati kepada anak sulung mangsa itu kerana terpaksa menerima ujian kehilangan seluruh ahli keluarga secara serentak.

“Bagi saya untuk pemandu kenderaan berat seperti lori, mereka bukan sahaja wajib mempunyai lesen memandu, namun mereka juga perlu menghadiri kursus atau bengkel khas untuk mereka tahu bila mana membawa kenderaan berat, ia amat berisiko kepada kenderaan lain..

“Saya juga turut berharap Pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil pendekatan berhubung kes itu dan memastikan seseorang pemandu lori layak untuk membawa lori mengikut prosedur yang betul,”katanya kepada pemberita ketika dihubungi bagi mengulas kes berkenaan di sini, hari ini.

Jelas Sarah, sebagai pemandu, mereka mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan pemanduannya selamat dan sentiasa berwaspada akan keadaan sekeliling.

“Macam kes yang baru-baru ini terjadi, ada saksi yang mengatakan pemandu lori itu tidak memperlahankan kenderaan meskipun dari jauh sudah nampak kesesakan di hadapan jalan.

“Jadi kita sebagai pemandu kereta ini tiada pilihan untuk mengelak bila mana berada di tengah-tengah antara lori,”katanya.

Tambahnya, dia turut bersimpati kepada anak sulung mangsa itu kerana terpaksa menerima ujian kehilangan seluruh ahli keluarga secara serentak.

Seorang lagi Hazim Zikri Zakaria, 21, dari Kota Bharu, meluahkan rasa sedih apabila membaca berita enam kematian itu dan meninggalkan anak sulungnya seorang diri.

Hazim Zikri Zakaria, 21, meluahkan rasa sedih apabila membaca berita enam kematian itu dan meninggalkan anak sulungnya seorang diri.

“Dengan sekelip mata, anaknya menjadi anak yatim piatu dan hilang tempat bergantung, malah tidak dapat saya gambarkan macam mana untuk dia meneruskan kehidupan.

“Mungkin juga ada hikmah yang berlaku disebalik ujian ini, saya mendoakan semoga anak sulungnya tabah menghadapi ujian yang besar menimpa dirinya ini,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here