Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Situasi global semasa pandemik Covid-19 menunjukkan kesan negatif terhadap penyertaan individu dalam aktiviti fizikal.
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr.Shahrum Shamsuddin, berkata disebabkan itu tahap aktiviti bersukan menurun.

“Memandangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit yang berkait rapat dengan sikap sedentri dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, persidangan ini dibuat selepas lama tertangguh akibat pandemic,”katanya kepada pemberita selepas Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sukan Kali Ke-13 (13th ISSC).
Katanya persidangan itu bertujuan membentangkan bukti-bukti sedia ada dan terkini mengenai kepentingan sukan dan senaman dalam menangani masalah itu.
“Selain itu, persidangan ini juga akan memberi tumpuan kepada cabaran dalam bidang sukan bprestij tinggi, kejurulatihan dan Latihan dalam kalangan atlet.

“Sains Sukan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi atlet dengan memberikan pemahaman saintifik tentang pelbagai factor yang mempengaruhi keupayaan fizikal dan mental,”katanya.
Antara isu dan topik yang dibincangkan dalam persidangan itu adalah pemakanan sukan, psikologi sukan, fisiologi sukan, bimekanik sukan dan rehabilitasi sukan.
Seramai 10 orang penceramah jemputan, 26 orang penceramah symposium, 61 orang pembentang lisan dan 13 orang pembentang poster dari pelbagai negara termasuk New Zealand, Indonesia, Turkiye Thailand dan lain-lain terlibat dalam persidangan tersebut.
Imedikel TV






