Home Sukan PAHANG RANGERS TAMPIL CEMERLANG CATAT DUA KEMENANGAN SIRKIT KELAPAN MPFL

PAHANG RANGERS TAMPIL CEMERLANG CATAT DUA KEMENANGAN SIRKIT KELAPAN MPFL

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Skuad Pahang Rangers FC tampil cemerlang dengan mencatat dua kemenangan pada saingat sirkit kelapan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

Pada perlawanan pertama skuad bimbang jurulatih, Eloy Alonso Fraile tampil menewaskan skuad USM 2-0 menerusi jaringan dua pemain import, Felipe de Souza dan Rodrigo Da Silva.

Kemenangan kedua dilakar pasukan PFA Odin Sarawak dengan keputusan 6-1. Jaringan disumbang oleh Felipe dengan lima gol dan satu gol menerusi Razin A Rahim.

Menurut Fraile, dia amat berpuas hati dengan dua kejayaan yang dicatat Pahang Rangers pada saingan sirkit kelapan kali ini, semangat tinggi pemain berjaya dibuktikan sepanjang dua perlawanan.

Katanya, pujian diberikan kepada Felipe apabila berjaya menyumbang enam gol pada dua perlawanan, prestasi yang dipamerkan diluar jangkaan terutama pada perlawanan dengan PFA Odin apabila yang menghasilkan lima gol.

“Saya memuji persembahan barisan pemain Pahang Rangers yang tampil dengan semangat begitu menebal hingga berjaya mencatat dua kemenangan. Tentangan sengit lawan dapat dipatahkan dengan berkesan.

“Dua kemenangan yang dicatat memberi peluang untuk Pahang Rangers dapat terus kekal ditangga ke tiga liga dengan mengumpul 31 mata dibelakang Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas berehat panjang aksi lebih bersemangat dipamerkan barisan pemain dan buktinya mereka berjaya melakar dua kemenangan yang diharapkan.

Fraile berkata, Sabtu ini saingan sirkit kesembilan diteruskan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam Selangor, Pahang Rangers akan berhadapan pasukan Wipers.

Pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza kini muncul penjaring terbanyak untuk Tok Gajah dengan 30 gol, Rodrigo berada ditangga kedua dengan 18 jaringan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here