Home Buletin Semasa NELAYAN DITEMUI LEMAS

NELAYAN DITEMUI LEMAS

174
0

Ibu kepada tiga anak itu berkata, beliau mengetahui kejadian menimpa Mohd Syamsul Helmi kira-kira jam tiga pagi Khamis lalu selepas dimaklumkan oleh adik iparnya, serta usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan dengan bantuan beberapa bot nelayan lain.

“Sebelum suami terjatuh ke laut, arwah sempat menghantar pesanan whatsapp memberitahu tangkapan udang kurang, …lepas bayar yuran sekolah anak pun jadilah,” kata Halimatul Noor Akira Omar, isteri

Beliau berkata, hanya tuhan yang mengetahui perasaannya ketika itu yang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku dan tidak putus berdoa agar suami ditemukan selamat.

“Saya tidak pernah menduga kejadian sedemikian akan berlaku. malah sebelum ini, kehidupan kami sekeluarga sentiasa ceria bersama tiga cahaya mata, Muhammad Naqib Ramadhan, 6; Nur Hanan Aiman, 3; dan Muhammad Harraz Rizqi, 11 bulan. – Halimatul Noor Akira Omar, isteri

“Ia seperti mimpi ngeri kerana pada usia perkahwinan baru memasuki tujuh tahun, kami terpaksa melalui episod hitam kehilangan insan tersayang. kini, hanya tinggal kenangan bersama arwah,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beluru, Nenasi, dekat sini, semalam.

Halimatul Noor Akira memaklumkan beberapa hari sebelum kejadian, beliau melihat perubahan pada suami apabila arwah banyak termenung sambil duduk bersendirian, namun tidak dapat dipastikan apa difikirkannya.

Beliau berkata, arwah berusaha untuk menyediakan bayaran yuran sebanyak RM150 untuk anak sulungnya memasuki prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nenasi pada sesi persekolahan ini, malah pengorbanan dan tanggungjawabnya sebagai suami serta bapa begitu bermakna hingga ke hujung nyawa.

Sebagai nelayan, katanya, arwah boleh berenang tetapi mengalami masalah pernafasan pendek akibat kemalangan sebelum ini, yang berkemungkinan memberi kesan kepada usaha suami menyelamatkan diri ketika terjatuh ke laut.

Katanya namun, dia bersyukur akhirnya mayat suami ditemukan kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, selepas tersangkut dalam pukat dipasang nelayan yang terbabit operasi SAR sejak awal pagi.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit operasi SAR itu, termasuk penduduk kampung nenasi dan ketua kampung Nenasi pantai yang banyak membantu. – Halimatul Noor Akira Omar, isteri

“Saya perlu tabah menghadapi ujian berat ini. saya berusaha melakukan jualan dalam talian tetapi pendapatannya tidak tetap.”

Bagaimanapun, katanya, dia perlu meneruskan kehidupan membesarkan tiga anak dan kini tinggal bersama ibu, Zainab Muhamad, 62, yang mengalami masalah kesihatan selepas diserang angin ahmar

Dia yang reda dengan apa yang berlaku walaupun terlalu pahit, menyifatkan ia pasti ada hikmah di sebaliknya.

Sumber: BH Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here