Madinah Ramadhan kini kembali selepas ditangguhkan selama dua tahun oleh pihak kerajaan negeri akibat pandemik covid 19 dan kini kerajaan negeri mengambil peluang untuk mengadakan kembali program tersebut.
Madinah Ramadan kali ini akan diadakan di dataran Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dan terdapat banyak kelainan yang akan ditampilkan kali ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata, sempena Madinah Ramadan kali ini, kerajaan negeri turut menjemput dua Qari yang terkenal.

“Hari ini insyaalah kita mula semula, sebagaimana kita kira sepanjang Madinah Ramadhan kali ini akan terasa lebih baik lagi apabila kita akan bawa dua Qari yang masyhur iaitu Syeikh Hisyam Abdelbary dan Yasir Al-Sharqawi serta kita tambah lagi baik tahun ini dengan kita bawa Yusuf Alsha’Rawi yang pakar dalam menjelaskan pelbagai bacaan al quran serta mentafsir alquran”. – Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan
Menurut beliau, bagi masyarakat yang berada di luar Kelantan, kerajaan negeri turut menyediakan platform secara atas talian untuk mereka yang ingin melihat dan merasai suasana Madinah Ramadan.

“Kemudahan teknologi baru ini kita boleh melalui onilne kita buka account online kita untuk mereka mengisilah sebab sambutan selamo ni pun kito bukan negeri Kelantan saja bahkan dari luar negeri mereka datang bersama untuk merasai Madinah Ramadan dan ramadan di Kelantan” – Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan
Bagaimanapun, Ahmad berharap madinah ramadhan kali ini dapat menambah lagi pengunjung dari seluruh negeri Kelantan bagi mengimarahkan lagi program tersebut.
Katanya, mereka bukan sahaja dapat berjemaah malah dapat manfaat dalam ilmu al quran dan yang lain.

Sementara itu, sempena bulan ramadan tahun ini, Imedikel Pharma Holding Berhad juga turut tidak melepaskan peluang untuk memberi sumbangan sebanyak seribu botol air alkali setiap hari selama 30 hari bagi solat terawih di Stadium Kota Bharu.
Sedikit makluman, Madinah Ramadhan sudah hampir 30 tahun diadakan di negeri Serambi Mekah ini.
Dahulunya dikenali sebagai Qariah Ramadan dan kini dikenali dengan Madinah Ramadan.
– Imedikel TV






