Home Luar Negara KENDERAAN NAIB PRESIDEN COLOMBIA DITEMBAK

KENDERAAN NAIB PRESIDEN COLOMBIA DITEMBAK

146
0

BOGOTA: Van milik Naib Presiden Colombia, Francia Marquez sekali lagi menjadi sasaran penyerang di barat daya negara itu semalam.

Insiden tembakan berlaku berhampiran wilayah Cauca sekitar 1.30 tengahari waktu tempatan (1830GMT), namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut pihak berkuasa.

Agensi Anadolu melaporkanMarquez tidak berada dalam van semasa kejadian kerana beliau menghadiri acara di bandar Cali.

“Saya berasa sangat bimbang terhadap keadaan di Cauca dan situasi tegang yang dihadapi oleh rakyat saban hari di seluruh wilayah,” kata Marquez dalam satu kenyataan.

Ini adalah serangan kedua terhadap pasukan keselamatan Marquez.

Serangan pertama berlaku pada 16 Jun, apabila anggota Front Jaime Martinez menembak van yang dinaiki oleh bapa naib presiden, Sigifredo Marquez.

Marquez juga pernah menjadi sasaran di wilayah asalnya Cauca pada 2019 oleh lelaki bersenjata ketika menghadiri mesyuarat dengan pemimpin komuniti.

– BERNAMA-Anadolu,- BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here