Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan Pahang Rangers FC membuktikan kehebatan selepas membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada masa tambahan saingan kedua separuh akhir Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) untuk melangkah ke pentas final musim ini.
Ketinggalan 2-3 pada masa sebenar yang mengikat kedudukan tiga mata sama memaksa perlawanan tambahan masa 10 minit diberikan. Dalam masa lima minit pelawat tampil garang menghasilkan dua jaringan seolah menutup mulut penyokong di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor.
Jurulatih Pahang Rangers, Eloy Alonso Fraile berkata, pujian seharusnya diberikan barisan pemain yang tambil dengan penuh semangat sepanjang perlawanan hingga ke masa tambahan.
Menurutnya, ketinggian 2-3 pada masa sebenar tidak mematahkan kesungguhan dan semangat tinggi pemain untuk bangkit menghasilkan dua jaringan dalam masa lima minit hingga menutup terus langkah lawan di gelanggang sendiri.
Katanya, secara keseluruhan permainan pasukan Pahang Rangers pada pertemuan dengan JDT malam tadi begitu menyerlah terutama pada pada masa tambahan, kebangkitan pada babak kedua begitu ketara menerusi jaringan pemain import Rodrigo da Silva dan Felipe de Souza.
“Secara keseluruhan saya memuji dan mengucapkan terima kasih pada barisan pemain Pahang Rangers yang tampil begitu garang sepanjang perlawanan dengan membawa misi melangkah ke pentas final pada 31 Oktober ini.
“Janji pemain untuk melakukan kejutan pada perlawanan kedua separuh akhir berjaya ditunaikan, kebimbangan berhadapan lawan di gelanggang mereka berjaya dipadam dengan sempurna. Tekanan sepanjang perlawanan berjaya ditepis pemain,” katanya, di sini semalam.
Beliau menambah, dia seolah tidak percaya apabila dua jaringan emas disumbang oleh
Rodrigo dan Souza muncul saat Pahang Rangers begitu memerlukan jaringan melangkah ke pentas final dua musim berturut-turut.
Fraile berkata, tumpuan Pahang Rangers selepas ini menghadapi perlawanan akhir berhadapan Selangor FC yang menjadi lawan pada final tahun lalu, pastinya sejarah duka musim lalu tidak akan berulang sekali lagi.
Katanya, perlawanan akhir diadakan secara timbal balik, aksi pertama di Stadium Tertutup SUKPA pada 24 Oktober kemudian perlawanan kedua di gelanggang lawan 31 Oktober.
“Perlawanan akhir kali ini menjadi pentas Pahang Rangers menebus kekecewaan yang tercatat musim lalu, pemain pasti akan memberi persembahan terbaik bagi membawa pulang piala kejuaraan” katanya.
IMedikel TV






