Home Sukan NORSHAZLEE, NORUL FATIHA MUNCUL JUARA INDIVIDU BOLING ZON TIMUR SIRI DUA

NORSHAZLEE, NORUL FATIHA MUNCUL JUARA INDIVIDU BOLING ZON TIMUR SIRI DUA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KOTA BHARU: Persembahan yang konsisten menjadi kelebihan buat dua pemain utama pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Norshazlee Roslee dan Norul Fatiha Mohd Ampaadi untuk muncul juara kategori individu Kejohanan Boling Zon Pantai Timur Siri Dua di Lite SuperBowl JB Tunjong, di sini semalam.

Beraksi dalam lima game Norshazlee selaku ketua pasukan Tok Gajah berjaya menjatuhkan sebanyak 878 jatuhan pin dan Norul Fatiha tampil garang menjatuhkan 802 jatuhan pin.

Tempat kedua kategori lelaki milik Shaiful Adzmir Nordin dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang melakukan 842 jatuhan pin dan ketiga Nik Ahmad Rizal Nik Ghazali dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan 838 jatuhan pin.

Dalam kategori wanita naib johan pemain Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Siti Aisah Daut yang menjatuhkan 774 jatuhan pin dan tempat ketiga Maziah Mahtar mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan jatuhan pin 727.

Kejohanan siri kedua itu menghimpunkan lebih 53 pemain membabitkan kategori individu dan berpasukan membawa cabaran pasukan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Siri pertama sebelum ini diadakan di Kuantan dan diri ketiga selepas ini di Terengganu.

Dalam kategori berpasukan juara berpihak pada pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang melakukan 2,353 jatuhan pin, naib juara Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sebanyak 2,213 jatuhan pin dan ketiga Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (2,163 jatuhan pin).

Bagi Norshazlee, walaupun tidak dapat mengekalkan pencapaian kejuaraan keseluruhan pada kejohanan siri pertama, namun dia tetap berpuas hati dengan pencapaian yang dilakar pada siri kedua ini.

Katanya, selain merangkul kejayaan dalam kategori individu lelaki dan wanita, prestasi cemerlang turut dilakar Mohd Sayuti Jusoh dan Norul Fatiha yang merangkul hadiah jatuhan pin terbanyak dalam kategori individu.

“Saya berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukan barisan pemain Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kali ini, mereka telah memberi persembahan terbaik dan memuaskan dalam dua kategori yang pertandingkan.

“Perbezaan jatuhan pin dalam kategori berpasukan tidak terlalu jauh, misi seterusnya selepas ini untuk mencatat kejayaan keseluruhan pada kejohanan siri ketiga,” katanya yang akan menilai semula prestasi setiap pemain.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here