Home Buletin Semasa JEREBU: JOHOR LAKSANA SOLAT HAJAT DI SEMUA MASJID, SURAU

JEREBU: JOHOR LAKSANA SOLAT HAJAT DI SEMUA MASJID, SURAU

Oleh: Wartawan IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri bermula hari ini, bagi memohon keadaan jerebu memburuk ketika ini kembali pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata inisiatif itu dilaksanakan susulan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap tidak sihat.

Beliau berkata, solat hajat berkenaan akan dilaksanakan selepas solat fardu Maghrib setiap hari sehingga keadaan kembali pulih.

“Pelaksanaan solat hajat ini diadakan sebagai usaha memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT agar keadaan jerebu beransur pulih, kualiti udara kembali baik serta kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Fared menyeru seluruh umat Islam di Johor untuk bersama-sama menyertai solat hajat berkenaan.

Katanya selain itu beliau juga memohon umat Islam di negeri ini memperbanyakkan doa dan munajat agar keadaan jerebu dapat diatasi.

“Usaha itu juga diharap dapat menjadi ikhtiar bersama dalam memohon kesejahteraan seluruh rakyat, selain berharap segala urusan dipermudahkan dan negeri ini kembali pulih seperti sediakala,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here