Home Luar Negara KEBAKARAN MUSNAHKAN 48 GERAI DI PASAR CHATUCHAK, BANGKOK

KEBAKARAN MUSNAHKAN 48 GERAI DI PASAR CHATUCHAK, BANGKOK

233
0

BANGKOK: Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian sebanyak 48 unit gerai di pasar hujung minggu Chatuchak di Bangkok rosak akibat kebakaran yang berlaku lewat malam Isnin.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran dilaporkan berlaku pada 10.42 malam waktu tempatan dan dipercayai bermula di sebuah kedai di Project 17 sebelum merebak dengan pantas ke gerai berhampiran.

Gerai terjejas kebanyakannya kedai setingkat berbumbung zink yang menjual pakaian, yang turut menyebabkan api cepat marak.

Pasukan bomba bersama unit sokongan segera dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran dan menghalang api daripada merebak ke kawasan lain.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada kira-kira jam 11.15 malam.

Pemeriksaan awal mendapati kebakaran itu membabitkan kawasan seluas kira-kira 240 meter persegi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan kejadian berlaku selepas pasar itu ditutup kepada orang ramai.

Pegawai bomba dan penyelamat memaklumkan siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas elektrik.

Punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian bagaimanapun akan ditentukan selepas pemeriksaan lanjut oleh pegawai forensik. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here