Home Sukan ICELAND JEJAS PERSIAPAN ENGLAND KE EURO

ICELAND JEJAS PERSIAPAN ENGLAND KE EURO

131
0

LONDON: Gareth Southgate menegaskan, kekalahan 1-0 England di tangan Iceland pada aksi pemanas badan terakhir sebelum Euro 2024 akan menjadi kayu ukur kepada kemampuan pasukannya di kejohanan berkenaan.

England mengharapkan kemenangan di Wembley bagi meningkatkan keyakinan sebelum berangkat ke Jerman sebagai salah satu pasukan pilihan untuk muncul juara.

Namun jaringan babak pertama Jon Dagur Thorsteinsson mencemari persiapan England dan tuan rumah dicemuh penyokong sendiri ketika rehat dan selepas wisel penamat.

Berdepan pasukan di ranking ke-72 dunia, yang tidak layak ke Euro kali ini, Cole Palmer, Anthony Gordon dan Kobbie Mainoo gagal membuktikan yang mereka berhak berada dalam kesebelasan utama di Euro nanti.

Lebih membimbangkan buat Southgate, John Stones tidak bermain semula selepas rehat susulan bek tengah England itu terjatuh di babak pertama.

Menurut Southgate, kesebelasan utamanya adalah bayangan kepada skuad yang akan turun menentang Serbia pada aksi pembukaan Kumpulan C di Gelsenkirchen pada 16 Jun.

Penyokong yang bosan di Wembley menghiburkan diri sendiri dengan bermain kapal terbang kertas di stadium. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here