Home Sukan HAKIMI AKHIRNYA BERSUARA DIDAKWA LAKUKAN SERANGAN SEKSUAL

HAKIMI AKHIRNYA BERSUARA DIDAKWA LAKUKAN SERANGAN SEKSUAL

336
0

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi akhirnya bersuara selepas didakwa secara rasmi atas tuduhan serangan seksual di Perancis.

Memetik laporan Agensi  menerusi Berita Harian, bulan lalu, pendakwa raya Perancis memfailkan pertuduhan akhir bagi membolehkan pemain berusia 26 tahun itu dibicarakan di mahkamah jenayah.

Ia susulan tuduhan rogol yang dikenakan pada 3 Mac 2023, sebelum Hakimi dibebaskan dengan ikat jamin serta berada di bawah pengawasan polis.

Kes itu merujuk kepada insiden didakwa berlaku pada 25 Februari 2023, selepas seorang wanita berusia 24 tahun mendakwa mengenali Hakimi melalui Instagram pada Januari.

Menurut laporan Le Parisien, Hakimi memanggilkan Uber untuk wanita itu ke kediamannya di Boulogne-Billancourt, yang mana dia mendakwa pemain itu mencium mulut dan dadanya walaupun ditegah, sebelum menyerangnya tanpa kerelaan.

Wanita itu kemudian membuat laporan di balai polis pada hari sama, namun awalnya enggan memfailkan aduan rasmi walaupun mesej yang dikemukakan kepada penyiasat menunjukkan keresahan selepas insiden terbabit.

Hakimi menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan berkenaan.

Dalam wawancara bersama Canal+ France, bintang Maghribi itu berkata: “Bagi saya, ini perkara paling sukar yang pernah berlaku dalam hidup saya. Ia tamparan paling hebat yang pernah saya terima.

“Sangat menyakitkan apabila mereka terus menyebarkan pembohongan. Ia melukakan hati saya, keluarga saya, terutama anak-anak saya yang masih kecil.

“Saya tahu satu hari nanti mereka akan membaca semuanya. Bayangkan mereka terbaca cerita mengenai ayah mereka yang tidak benar, ia sungguh menyakitkan. Saya tidak mahu itu terjadi kepada mereka.”

Jika sabit kesalahan, Hakimi berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara bagi kesalahan rogol tanpa paksaan di Perancis.

Hakimi menegaskan dia bertenang sepanjang proses siasatan kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya tahu tuduhan itu satu pembohongan. Saya tahu siapa diri saya, saya tidak pernah dan tidak akan lakukan perkara itu.

“Saya sendiri mahu bercakap dengan polis untuk memberi penjelasan. Mereka ada DNA saya, apa saja diperlukan saya sediakan. Berbeza dengan pihak yang menuduh, yang tidak memudahkan siasatan.

“Syukurlah, hasil kerja polis juga menemui banyak bukti yang membantu. Saya tenang kerana mempunyai peguam yang baik. Saya harap kebenaran akan terdedah segera,” katanya.

Hakimi masih bebas dengan ikat jamin sementara siasatan diteruskan dan kariernya kekal berjalan, termasuk membantu PSG menjulang Liga Juara-Juara musim lalu. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here