Home Hiburan SEKOLAH AFWA AL AAFIYAH MILIK SITI NURHALIZA MUSNAH DIBEDIL

SEKOLAH AFWA AL AAFIYAH MILIK SITI NURHALIZA MUSNAH DIBEDIL

KUALA LUMPUR: Sekolah milik penyanyi juga biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang dibangunkan Yayasan Nurjiwa iaitu Sekolah Afwa Al-Aafiyah di Gaza, Palestin dilaporkan musnah.

Memetik laporan Harian Metro, khabar duka itu dikongsikan oleh wakil Yayasan Nurjiwa di Palestin, Doktor Mohanad Kullab dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Menurut Mohanad, sekolah yang diberi nama Sekolah Afwa Al Afiyah musnah dibedil rejim Israel.

“Sekolah Afwa dan Afiyah musnah dibedil bom. Hasbunallahi Wanikmal Wakeel,” katanya.

Menurut kenyataan Yayasan Nurjiwa kejadian itu sama sekali tidak mematahkan semangat dalam memberikan perlindungan kepada rakyat yang ditindas di Gaza dan akan berusaha mencari jalan untuk bangkit.

Siti turut meluahkan rasa reda dengan berita itu dan percaya sekolah untuk anak-anak Palestin akan dapat dibangunkan semula, kelak.

“Kami akan membantu mereka di sana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza selamat,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here