Home Buletin Semasa 17 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS JIM SARAWAK

17 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS JIM SARAWAK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUCHING: Seramai 17 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam operasi bersepadu Ops Gegar dan Ops Selera yang dijalankan di tiga lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini, pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan media JIM Sarawak pemeriksaan dilakukan terhadap 54 individu, dan daripada jumlah itu, 17 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Ops Gegar dijalankan di dua lokasi dengan fokus kepada pemeriksaan warga asing yang bekerja di pusat hiburan, manakala Ops Selera pula menyasarkan beberapa lokasi yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian atas talian yang berselindung di sebalik premis makanan,”menurut kenyataan itu pada Khamis.

Hadir sama dalam operasi tersebut ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasa JIM, Basri Othman, dan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching, Yusdi Morshidi, sekali gus menunjukkan komitmen tinggi JIM dalam membanteras aktiviti haram di negeri itu.

“JIM Sarawak menegaskan operasi seperti ini akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta membanteras aktiviti haram yang menyalahi peraturan negara,”menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here