Home Sukan GOL SENDIRI PERTAHANAN BRAGA BERI TUAH BUAT NAPOLI

GOL SENDIRI PERTAHANAN BRAGA BERI TUAH BUAT NAPOLI

196
0

PORTUGAL: Jaringan sendiri pertahanan Sporting Braga di hujung permainan menyaksikan Napoli pulang dengan kegembiraan apabila meraih kemenangan 2-1 dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, tonggak pertahanan Braga, Sikou Niakate pastinya tidak dapat tidur lena apabila tertolak bola ke dalam gawangnya sendiri ketika dia berusaha untuk mengeluarkan hantaran lintang pemain Napoli.

Kekalahan menerusi gol sendiri itu pastinya tidak boleh diterima penyokong tuan rumah yang beraksi cukup berdisiplin mengekang asakan bertali arus lawan dari Itali itu.

Napoli nyata mendominasi aksi sepanjang babak pertama dengan himpunan peluang namun gagal menemui sasaran sehinggalah gol pertama muncul pada masa kecederaan.

Giovanni Lorenzo meledak gol hasil rembatan padu dalam kotak penalti yang sama sekali gagal dihalang penjaga gol Braga yang sebelum itu tampil cemerlang sepanjang 45 minit babak pertama.

Aksi lebih tersusun ditampilkan tuan rumah dan hasilnya Bruma mengikat kedudukan 1-1 menerusi tandukan di minit 84 sekali gus menghidupkan harapan untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Namun kesilapan Niakate di hujung permainan menyaksikan tuan rumah terpaksa berputih mata apabila dia tertampan bola ke gawang sendiri. – AFP, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here