Home Buletin Semasa KONFLIK ASIA BARAT TAK JEJAS PASARAN JUBIN TEMPATAN

KONFLIK ASIA BARAT TAK JEJAS PASARAN JUBIN TEMPATAN

Oleh: Wartawan IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Konflik Asia Barat yang berlaku ketika ini tidak menjejaskan pasaran jubin tempatan.

Malah permintaan terhadap kepingan dekorasi itu menunjukkan pengukuhan yang ketara apabila meningkat sehingga 30 peratus sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2011 hingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Feruni Ceramiche, Datuk Ngei Chee Chau berkata, selepas PKP dapat dilihat gaya hidup baharu atau trend dalam masyarakat lebih suka duduk di rumah dan gemar mengubah suai kediaman untuk keselesaan.

“Peningkatan tersebut bukan sahaja terhadap produk asas seperti yang berlaku sebelum ini tetapi kini memilih bermacam-macam rekaan terbaru.

“Ini termasuk mengambil kira kualitinya. Jadi saya rasa ini adalah satu perubahan yang sedang berlaku berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada ketika ditemui pada Pelancaran Casa Feruni dan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Feruni Ceramiche dan TRI I Concept Sdn Bhd di Feruni Tebrau III, Kawasan Perindustrian Tebrau di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, produk jubin tersebut dihasilkan sendiri di Malaysia selain di Itali dan China. 

Katanya pasaran produk jubin tidak terjejas kerana semua urusan pembelian dan penghantaran dibuat secara teliti dan lebih awal.

Dalam perkembangan lain, Chee Chau berkata, Feruni Ceramiche meneruskan visinya untuk mentransformasikan ruang kediaman dan tempat kerja melalui pelancaran Casa Feruni.

Pelancaran itu katanya, sempena dengan pemeteraian MoU antara Feruni Ceramiche dan TRI I Concept Sdn Bhd yang mewakili Villeroy & Boch.

“Kerjasama itu menandakan satu lembaran baharu dalam hubungan antara kedua-dua jenama serta penerokaan bersama dalam reka bentuk ruang.

 “Kami meneroka bagaimana pelbagai elemen reka bentuk dapat digabungkan untuk mewujudkan pengalaman ruang yang lebih lengkap dan menyeluruh.

 “Kami juga percaya bahawa reka bentuk mempunyai kuasa untuk mengubah cara seseorang melihat dan mendiami sebuah ruang.

“Ia memberi kami peluang untuk meneroka bagaimana permukaan, bahan, warna, tekstur, bentuk dan fungsi dapat disatukan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar produk individu,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here