Home Sukan BELLINGHAM WIRA MADRID LEDAK GOL SAAT AKHIR

BELLINGHAM WIRA MADRID LEDAK GOL SAAT AKHIR

166
0

MADRID: Jude Bellingham menyelamatkan Real Madrid dengan jaringan pada minit ke-94 bagi membantu kelab gergasi Sepanyol itu menang 1-0 ke atas pendatang baharu Liga Juara-Juara, Union Berlin awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti, pemenang 14 kali pertandingan itu, diancam di segenap penjuru oleh lawan mereka dari Jerman, yang hanya naik ke Bundesliga empat tahun lalu, hinggalah Bellingham menyumbat masuk pada masa kecederaan.

Pemain antarabangsa England itu memulakan kariernya di Madrid dengan keupayaan jaringan memukau enam gol dalam enam perlawanan bagi semua pertandingan.

Madrid dilihat hanya mampu meraih satu mata selepas penjaga gol Union Berlin, Frederik Ronnow mengecewakan mereka banyak kali ketika percubaan Rodrygo dan Joselu kedua-duanya singgah di tiang gol hinggalah Bellingham menjadi penyelamat apabila mudah menyepak masuk dari jarak dekat.

-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-

“Menjaringkan gol pada minit terakhir adalah semangat juang jersi ini – tidak berputus asa,” kata jurulatih Madrid, Ancelotti pada sidang media.

Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit terakhir menentang Union Berlin di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Real Madrid hanya sekali gagal menjaringkan gol dalam 68 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di laman sendiri dan dalam beberapa situasi di Santiago Bernabeu mereka kelihatan mati akal untuk memecah kebuntuan.

Tanpa kelibat penyerang Vinicius Junior, jentera serangan Madrid kekurangan dinamik dalam beberapa minggu kebelakangan, sekalipun gol Bellingham menyaksikan mereka mengekalkan rekod 100 peratus dalam La Liga selepas lima perlawanan.

Pemain tengah England itu melakukan penampilan sulung Liga Juara-Juara bersama Madrid selepas berpindah dari Borussia Dortmund pada musim panas ini.

Bellingham tiba selepas Madrid dibelasah Manchester City pada separuh akhir musim lalu, bintang baharu yang cuba membantu Madrid memenangi pertandingan yang paling diidamkan mereka. – AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here