Home Hiburan EDDIE, BLACK TIDAK SERTAI KATARA

EDDIE, BLACK TIDAK SERTAI KATARA

208
0

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan aksi bekas dua anggota Wings, Eddie dan Black dalam band Katara tidak kesampaian apabila tempat mereka digantikan oleh pemuzik lain.

Memetik laporan Harian Metro, berita mengejutkan peminat muzik rock tanah air ini dimaklumkan oleh pengurusan Katara menerusi TikTok mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Eddie dan Black kerana sudi bersama didalam perancangan menubuhkan kumpulan Katara pada peringkat awal.

“Walau bagaimanapun kami tidak dapat bersama diatas sebab teknikal dan tempat mereka diganti oleh Yan Lefthanded/Search dan drummer akan kami umumkan tidak lama lagi berserta dengan vocal yang padu Kami sedar ia sedikit memeranjatkan peminat muzik tanah air dan Indonesia.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat-sahabat didalam social media kerana menyokong Katara dari awal dan album Katara akan berada dipasaran tidak lama lagi,” tulis mereka.

Terdahulu Eddie dan Black dilaporkan menyertai Katara, sebuah projek muzik berskala serantau yang menampilkan gabungan pemuzik dari Malaysia dan Indonesia.

Selain mereka sebagai tunjang utama, Katara turut diperkuat barisan pemuzik berpengalaman seperti Sanni Nadzri, Omma Akira dan Ozee Fauzi dari Indonesia.

Gabungan rentas negara ini memberikan gambaran awal bahawa Katara dibentuk dengan visi melangkaui sempadan, menyatukan kekuatan kreatif Malaysia dan Indonesia dalam satu bahasa muzik yang segar dan berani.

Katara dijadualkan melancarkan album sulung pada tahun ini dengan keseluruhan proses rakaman dan pelancaran berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Pemilihan Jakarta sebagai pusat produksi bukan sahaja bersifat strategik, malah mencerminkan hasrat band ini untuk memposisikan diri sebagai entiti rock Nusantara yang relevan di peringkat serantau. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here