Home Buletin Semasa NGA SANTUNI WARGA KPKT, AGIH 500 KOTAK LIMAU MANDARIN SEMPENA TAHUN BAHARU...

NGA SANTUNI WARGA KPKT, AGIH 500 KOTAK LIMAU MANDARIN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

228
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengagihkan 500 kotak limau mandarin kepada warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Majlis Sentuhan Kasih Muhibah Tahun Baharu Cina 2026, pada Jumaat.

KPKT dalam kenyataan memaklumkan, pengagihan itu sebagai tanda penghargaan selain melambangkan kemakmuran dan keceriaan sempena sambutan perayaan berkenaan.

Majlis yang berlangsung di perkarangan KPKT itu bertemakan Sentuhan Kasih Muhibah sebagai simbol perpaduan, keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi teras kekuatan negara.

“Pemberian limau mandarin itu disambut baik oleh warga kerja pelbagai kaum dalam suasana meriah dengan alunan lagu Tahun Baharu Cina,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Nga berkata kepelbagaian budaya dalam organisasi kerajaan merupakan kekuatan utama dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Majlis ini turut mencerminkan tekad kita meraikan kepelbagaian sebagai kekuatan Malaysia, KPKT sentiasa memastikan setiap perayaan diraikan dengan semangat kebersamaan bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuh persaudaraan tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau turut menyeru warga kementerian menghayati simbolik Tahun Kuda yang melambangkan keberanian dan kegagahan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here