Home Hiburan FASHA PERTAHAN SHARIFAH ROSE DARIPADA KRITIKAN

FASHA PERTAHAN SHARIFAH ROSE DARIPADA KRITIKAN

183
0

AMPANG: Memetik laporan menerusi Berita Harian pelakon, Fasha Sandha menyifatkan aktres, Sharifah Rose sebagai seorang pelakon berbakat yang memiliki kualiti lakonan baik.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia tidak terkejut dengan kritikan netizen terhadap Sharifah Rose kerana dirinya sendiri pernah melalui pengalaman sama.

“Sebenarnya, saya rasa pengalaman itu sebab saya sendiri dulu pun pernah dipanggil ‘kayu’. Jadi saya tidak terkejut apabila orang berkata perkara yang sama kepada dia.

“Saya pun pernah melalui fasa sebegitu, jadi saya yakin dengan pengalaman, dia akan menjadi lebih baik, insya-Allah. Yang penting, dia rajin,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton episod akhir drama Doa Yang Terlindung di sini, baru-baru ini.

Bintang filem Cerana Biduk Bu Merah itu turut berpendapat aktres berkenaan berpotensi untuk pergi jauh dalam dunia lakonan dengan belajar daripada pengalaman dan memperbaiki bakat dari semasa ke semasa.

“Pada pandangan saya, dia ada kesungguhan dan berpotensi untuk pergi jauh. Saya rasa dengan pengalaman, lakonan dia akan jadi lebih bagus.

“Dan pada saya, dia tidak ‘kayu’. Kalau orang menggelarkan dia kayu, bagi saya dia bukan kayu, sebaliknya pelakon yang berbakat,” ujarnya.

Mengulas pengalaman bekerja dengan artis baharu, Fasha tidak menafikan pada mulanya mereka agak gugup, namun selepas mengenalinya, mereka menjadi lebih selesa.

“Mereka pada mulanya agak gugup, tetapi selepas mengenali saya, mereka menjadi lebih selesa. Saya juga buat mereka rasa selesa.

“Kebanyakan artis baharu ini rasa takut dengan masa saya. Contohnya, kalau penggambaran jam 10 pagi, saya sudah sampai jam 8 pagi. Jadi, mereka rasa agak sukar untuk mengikutinya.

“Tapi alhamdulillah, semua sentiasa tepat pada waktu dan sangat berdisiplin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha turut menegaskan artis baharu wajar diberi peluang kerana mereka bersungguh-sungguh dalam kerjaya lakonan.

“Pelakon baharu ini memang bersungguh-sungguh mahu lakukan

yang terbaik. Jadi saya yakin apabila mereka berusaha sedemikian, kejayaan pasti akan menyusul.

“Semua mesti bermula dari bawah, jadi kita kena beri peluang,” katanya.

Sebelum ini, Fasha tampil menyelar kenyataan seorang individu yang berpendapat lakonan Sharifah Rose sebagai ‘kayu’ dan kelihatan kekok. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here