Home Buletin Semasa LELAKI MAUT AKIBAT KERETA DINAIKNYA TERBALIK DAN TERBAKAR

LELAKI MAUT AKIBAT KERETA DINAIKNYA TERBALIK DAN TERBAKAR

283
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Wakaf Raja, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hasmeejohn Johari berkata, mangsa berusia 51 tahun itu menaiki sebuah Toyota Estima yang didapati terbalik dan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak berkenaan.

“Kemalangan tersebut turut membabitkan dua lagi kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Toyota Camry.

“Bagaimanapun, pemandu kedua-dua kenderaan terbabit dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.

Operasi pemadaman dan menyelamat melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.03 pagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here