Home Buletin Semasa POLIS SUDAH KENAL PASTI LOKASI `LUNA’

POLIS SUDAH KENAL PASTI LOKASI `LUNA’

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Polis sudah mengenal pasti lokasi wanita yang dikenali sebagai Luna yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan dari Pihak Berkuasa Thailand berkenaan wanita tersebut.

“Insha-Allah dia akan dibawa ke Malaysia dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut, “ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina di Pasir Pekan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis tidak menolak kemungkinan wanita yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari lalu mempunyai dua kerakyatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here