Home Sukan BARCA BELASAH ANTWERP, FELIX LEDAK DUA GOL

BARCA BELASAH ANTWERP, FELIX LEDAK DUA GOL

110
0
Nor Sabrina Syukriah Nor Azhar, 22 dari Dungun, Terengganu

BARCELONA: Joao Felix meledak dua gol ketika Barcelona menyerlahkan kehebatan mereka dengan membelasah Royal Antwerp 5-0 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi, membuktikan kesungguhan mereka untuk berada dalam kalangan elit Eropah sekali lagi.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, selepas tersingkir pada peringkat kumpulan dua kali berturut-turut, Barcelona terdesak untuk bertindak lebih baik dalam pertandingan itu musim ini, kali terakhir menjuarainya lapan tahun lalu.

Kemenangan itu menyusul selepas membenam Real Betis 5-0 Sabtu lalu, menyebabkan jurulatih Xavi Hernandez menganggap dua persembahan terakhir itu sebagai terbaik sejak beliau menyertai kelab itu pada November 2021.

“Saya fikir dua perlawanan terakhir ini adalah tahap terbaik kami pamerkan dengan saya sebagai jurulatih – inilah laluan yang harus diikuti,” katanya kepada Movistar.

Felix menyerlah dengan dua gol pada minit ke-11 dan 66 di ibukota Catalan itu, dibantu dengan satu gol sendiri manakala Robert Lewandowski (m-19) dan Gavi (m-54) turut menyumbang gol.

Selepas bergelut di Atletico Madrid malah lebih teruk ketika beraksi secara pinjaman di Chelsea, penyerang Portugal itu akhirnya dilihat sedia untuk menyinar.

“Kami bermain dengan amat bagus, saya gembira dengan kemenangan ini dan menikmatinya,” kata Felix.

“Perkara paling sukar kini adalah mengekalkan tahap ini. Saya bermula dengan baik, pasukan bermain dengan bagus.

“Sampai ke tahap ini bukanlah perkara paling sukar, tetapi mengekalkannya. Kami perlu bekerja keras untuk melakukannya.”

Kejayaan Barcelona pada 2015 adalah rentetan empat kejuaraan terakhir dalam dekad kegemilangan sejarah kelab itu, yang mana jurulatih semasa Xavi Hernandez menjadi tonggak utama di bahagian tengah. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here