Home Luar Negara 70 BUAYA TERLEPAS SUDAH DITANGKAP SEMULA

70 BUAYA TERLEPAS SUDAH DITANGKAP SEMULA

120
0

BEIJING: Puluhan buaya yang terlepas dari ladang di China selepas kawasan itu ditenggelami air, sudah ditangkap semula.

Perkara itu dilaporkan media tempatan pada Selasa lalu, seminggu selepas reptilia itu hilang.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, lebih 70 reptilia itu terlepas dari ladang buaya komersial di bandar Maoming di selatan China, awal bulan ini.

Ia selepas banjir susulan taufan yang melanda kawasan itu.

Pihak berkuasa di Wilayah Guangdong melancarkan pemburuan secara meluas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pekerja menangkap buaya.

Antara yang terlepas termasuk 69 buaya dewasa dan dua ekor anak buaya, kata Beijing News.

“Buaya Siam yang terlepas semuanya sudah ditangkap dengan yang terakhir (ditangkap) pada malam 18 September,” lapor Beijing News yang dikendalikan oleh Parti Komunis pada Selasa.

Rakaman Beijing News menunjukkan puluhan buaya di dalam lumpur dan rahangnya diikat dengan kain dan tali, ketika pekerja berdiri sambil memegang payung.

Buaya dibiakkan di China untuk kulit serta dagingnya, yang kadangkala digunakan dalam perubatan tradisional.

Kawasan yang terjejas juga akibat banjir itu adalah lokasi taman tema buaya dan kawasan pembiakan buaya terbesar di China, menurut Radio Nasional China.

Sebahagian wilayah Guangdong, termasuk bandar Shenzhen, dilanda hujan paling lebat awal bulan ini sejak rekod bermula pada 1952. – AFP, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here