Home Buletin Semasa GRADUAN CEMERLANG GAGAL UPU, DAPAT TAWARAN UTHM

GRADUAN CEMERLANG GAGAL UPU, DAPAT TAWARAN UTHM

176
0
Nor Sabrina Syukriah Nor Azhar, 22 dari Dungun, Terengganu

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Gagal dalam permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU) tidak mematahkan semangatnya.

Dua kali proses rayuan akhirnya graduan cemerlang yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.85 mendapattawaran untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi bahagian Pembinaan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Graduan cemerlang Diploma Ukur Bahan di Politeknik Kota Bharu (PKB), Nor Sabrina Syukriah Nor Azhar, 22, dari Dungun, Terengganu berkata, permohonannya telah ditolak sebanyak dua kali memandangkan dia memohon untuk kekal dalam bidang ukur bahan.

Namun, katanya itu tidak menjadi penghalang bagi dirinya meskipun bidang yang diambil di peringkat ijazah tidak sama ketika pengajian diploma.

“Dia lari daripada diploma, masa saya mohon untuk kemasukan yang pertama, saya gagal tapi untuk rayuan saya minta lagi tapi tak dapat. Tapi tak apa sebab dalam ijazah saya masih dalam bidang construction yang sama jadi lari macam mana pun alhamdulillah masih dalam bidang construction saya tak kisah kalau lari tak dapat juru ukur bahan pun tak apa tapi untuk bidang construction alhamdulillah saya boleh terima,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas Majlis Konvokesyen PKB kali ke-36, di sini, pada khamis.

Sabrina yang juga anak kedua daripada empat beradik itu pernah menerima anugerah ketua jabatan sepanjang semester dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti jabatan mahupun politeknik.

Nor Sabrina Syukriah Nor Azhar bersama kedua ibu bapanya di Majlis Konvokesyen PKB kali ke – 36.

Katanya, dia pernah beberapa kali mengalami kesukaran dari segi emosi semasa tempoh pengajian diploma.

“Kesukaran saya, emosi kalau kita pelajar yang rajin sangat belajar tak boleh juga kita jadi penat kalau belajar kena seimbangkan waktu kalau waktu sukan kita sukan la kalau waktu belajar, kita belajar, kalau waktu cuti pun boleh nak belajar tapi bagi rehat.

“Kalau perasaan putus asa untuk student, tak akan tak ada kan, ada tapi saya ingat keluarga, saya lepaskan perasaan putus asa itu saya berehat, saya tenangkan diri tak sentuh buku bukan bermakna saya tak sentuh langsung rehat sekejap,”katanya.

Menurutnya, dia berjaya mengekalkan PNGK yang baik secara konsisten sepanjang enam semester.

“Untuk kekal pointer saya sepanjang semester saya fokus daripada semester satu lagi, kiranya kalau saya nak dapatkan pointer yang baik dan konsisten, saya fokus pada semester satu dulu kalau kita punya pointer semester 1 tinggi dah, kemungkinan untuk semester yang akan datang kita boleh kekal sepanjang semester kiranya kalau walaupun tinggi pun kalau jatuh pun dia tak jatuh banyak, kalau naik alhamdulillah,”katanya.

Tambahnya, dia dididik kedua ibu bapanya untuk menjadi seorang anak perempuan yang kental.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here