Home Buletin Semasa ISU MAKANAN TULAR, BERBALOI ATAU TIDAK?

ISU MAKANAN TULAR, BERBALOI ATAU TIDAK?

244
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Masyarakat kita lebih cenderung dengan isu tular. Bukan sahaja tempat peranginan malah sudah semestinya trend hipster makanan menjadikan ia tular secara mendadak.

Disebabkan itu ramai dalam kalangan kita mengambil peluang untuk mencuba makanan tular.

Negeri Cik Siti Wan Kembang, terkenal dengan syurga makanan.

Malah ramai dalam masyarakat kita khususnya peniaga kedai makan berlumba-lumba menyediakan makanan dengan olahan serta kreativiti yang lain daripada yang lain menyebabkan ia tular ke seluruh pelosok.

Maka, berduyunlah yang beratur dan sanggup menunggu hampir berjam-jam lamanya semata-mata untuk mencuba makanan tersebut.

Azwani Aziz, 24, dari Tumpat ketika ditemui berkata, dia tidak kisah jika perlu menunggu untuk merasa sendiri makanan tular tersebut.

Azwani Aziz, 24, dari Tumpat berkata, dia tidak kisah jika perlu menunggu untuk merasa sendiri makanan tular tersebut.

“Sesetengah tempat tu memang berbaloi untuk kita beratur menunggu dalam masa sejam pon macam berbaloi dapat makanan itu kalau sedap. Tetapi ada sesetangah tu, ia viral sahaja tapi sebenarnya apabila kita rasa sendiri, ia tak seperti yang kita jangkakan dari segi rasanya.

“Pengalaman saya tidak ada masalah, memang berbaloi untuk beratur selagi mana benda tu berbaloi untuk kita ok je.”katanya.

Bagaimanapun, bagi Wan Muhammad Syafiq Wan Zainun Zaman, 31, dari Kota Bharu, berkata dia memilih untuk tidak pergi ke kedai yang tular disebabkan perlu menunggu lama.

Wan Muhammad Syafiq Wan Zainun Zaman, 31, dari Kota Bharu, berkata dia memilih untuk tidak pergi ke kedai yang tular disebabkan perlu menunggu lama.

“Bagi saya, saya tak suka tempat viral disebabkan orang terlalu ramai dan waktu menunggu tu mesti lama untuk mendapatkan makananyang disediakan. Lepas tu saya ada anak kecil dan saya tak boleh menunggu lama untuk dapatkan makanan tu. Dan tempat makanan ni sebab orang kata indah kabar dari rupa, ada orang kata benda viral ni tak sedap tapi bagi sesetengah orang ada yang kata benda viral ni sedap, tapi ikut selera masing-masing.”

Manakala bagi Marliyana Mayamin, 28, berasal dari Johor berkata dia akan mencuba makanan tular tersebut tetapi apabila keadaan sudah reda.

Marliyana Mayamin, 28, berasal dari Johor berkata dia akan mencuba makanan tular tersebut tetapi apabila keadaan sudah reda.

“Kalau saya, saya pilih untuk tidak pergi. Sebab pernah sekali saya pergi tempat yang viral, saya kena tunggu lama, lama yang bukan setengah jam, tetapi memang sampai sejam dua jam. Lepas tu apabila kita dah sampai giliran kita dah dapat makanan, makanan tu tak macam yang diwar-warkan. Jadi, lepas tu saya memang dah tak pergi, kalau viral saya biar dia reda dulu, dah ok baru saya pergi.

Saya pernah pergi tempat viral tu, makanan tu memang sedap cuma jangan pergi masa tengah viral, kena pergi masa dah reda sebab saya dah tak sanggup nak tunggu lama sangat.”katanya.

Bagaimanapun masyarakat perlu memastikan bahawa makanan tular itu dijamin sihat kepada individu.

Jangan disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang tular, kita abaikan tahap kesihatan kita.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here