Home Buletin Semasa PROGRAM TVET TERUS JADI PILIHAN RAMAI

PROGRAM TVET TERUS JADI PILIHAN RAMAI

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Bidang Kemahiran atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di Politeknik Kota Bharu (PKB) menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Pengarah PKB, Fikri Ismail berkata, menerusi program Karnival Pendidikan Kerjaya Sukses yang diadakan di PKB dapat membuka minat pelajar untuk mengenali dan menyertai program yang ditawarkan di situ.

“Program sukses ini telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada pelajar-pelajar sekolah negeri Kelantan.

“Saya harap dengan adanya program seperti ini telah membuka minat pelajar untuk menyertai pengajian TVET terutama di politeknik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Karnival Pendidikan Kerjaya Sukses Kebangsaan peringkat negeri Kelantan, di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, segelintir pelajar sekolah masih belum mengenali malah ada yang tidak mendapat gambaran penuh berkenaan bidang pengajian dan fasiliti yang ada di politeknik itu.

“Saya dimaklumkan sebelum ini ramai pelajar-pelajar kita tidak mendapat gambaran yang jelas tentang politeknik jadi dengan adanya program seperti ini pelajar-pelajar dapat datang ke politeknik sendiri melihat segala fasiliti yang ada di politeknik dan dapat menyelami bidang-bidang yang ada di politeknik,”ujarnya.

Dalam pada itu, sepanjang program itu berlangsung, pelajar yang hadir turut disediakan aktiviti seperti ‘campus tour’, ‘pinball’ dan ‘drone’.

Ianya secara tidak langsung dapat mengenali jabatan yang ditawarkan di PKB termasuk Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan lain-lain lagi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here