Home Buletin Semasa KAYUH BASIKAL BANGKIT SEMANGAT KEMERDEKAAN

KAYUH BASIKAL BANGKIT SEMANGAT KEMERDEKAAN

170
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Sambutan kemerdekaan sudah berlalu, namun bahangnya masih terasa.

Memandangkan bulan september adalah sambutan hari malaysia, maka semangat kemerdekaan itu masih berkobar-kobar.

Lanjutan daripada itu, penduduk di Kampung Bukit Marak, Bachok, di sini, menyertai Program Kayuhan Basikal Merdeka bersama Konvoi Bermotor, semalam.

Apa yang menariknya, terdapat individu yang turut mengenakan busana melayu lama dan basikal klasik dihiasi dengan jalur gemilang seakan-akan mengimbau kenangan lalu dalam program tersebut.

Penganjur program, Roseli Salleh, 47, berkata program kayuhan itu bertujuan membangkitkan semangat kemerdekaan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana melalui aktiviti berbasikal, ia mampu menyatupadukan masyarakat setempat.

Roseli Salleh, 47, berkata program kayuhan itu bertujuan membangkitkan semangat kemerdekaan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

“Tercetusnya idea untuk saya anjurkan program kayuhan merdeka ini adalah bila saya tanya orang kampung adakah mereka boleh jika program seperti ini dianjurkan lalu mereka kata boleh ikut apa yang dikehendaki jadi kita buat hari ini. Lepas Itu kita tengok hari Ini memang ramai yang mengikuti dan ada juga yang tidak mengikuti.

“Kebanyakkan orang kampung kita ini, mereka menggunakan basikal lama dan itu pun merupakan salah satu sebab kita nak anjurkan program ini,”katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Kayuhan Merdeka bersama Konvoi Bermotor 2023 di sini, semalam.

Katanya kayuhan itu secara tidak langsung menyuntik kembali semangat masyarakat dalam meluahkan semangat cintakan negara dan memahami erti kemerdekaan sebenar.

Penduduk di kalangan wanita mengenakan busana melayu lama dan basikal klasik dihiasi dengan jalur gemilang.

Katanya, kelihatan warga emas dan kanak-kanak bersemangat mengayuh basikal klasik yang dibawa dan bersama-sama meraikan kemerdekaan ke 66 tahun ini.

“Perarakan kita ini sekadar untuk menaikkan semangat kanak-kanak dan untuk suka-suka. Paling penting sekali kanak-kanak ini menunggu sejak dari jam 7 pagi lagi kerana inginkan perarakan merdeka ini,”katanya.

Program membabitkan kayuhan sejauh dua kilometer (km) itu bermula di Caltex Bukit Marak dan berakhir di kedai nasi ayam RM2.90 di kampung itu.

Program membabitkan kayuhan sejauh dua kilometer (km) itu bermula di Caltex Bukit Marak dan berakhir di kedai nasi ayam

Menurutnya, program tersebut juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti memasang Jalur Gemilang di lima buah rumah sepanjang jalan itu.

Seorang penduduk, Mohd Nor Zakaria, 77, dari Kampung Belukar berkata dia masih bertenaga untuk mengayuh basikal demi memeriahkan program kayuhan merdeka itu.

“Pakcik memang minat akan sambutan merdeka ini.

“Memang gembira kerana pada pakcik sambutan kemerdekaan ini sama seperti sambutan hari raya,”katanya.
Mohd Nor Zakaria, 77, dari Kampung Belukar berkata dia masih bertenaga untuk mengayuh basikal

Zakaria berkata, kemerdekaan adalah satu kemenangan yang sangat berharga yang patut diraikan oleh setiap generasi yang lahir pada masa kini dan akan datang.

Manakala bagi Almuiz Saiful Nizam, 10, berkata dia pertama kali menyertai program sebegini dan mengakui seronok mengayuh basikal beramai-ramai.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here