Home Luar Negara PENGAMAN PBB TINGGALKAN MALI KERANA ISU KESELAMATAN

PENGAMAN PBB TINGGALKAN MALI KERANA ISU KESELAMATAN

171
0

DAKAR: Misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali semalam berkata, pihaknya akan mengundurkan anggota di pangkalan dekat utara negara itu susulan kemerosotan isu keselamatan.

Memetik laporan AFP menerusi BH Online beberapa jam selepas itu, pasukan berkenaan turut memaklumkan tiga anggotanya cedera akibat serangan ketika operasi dijalankan.

Pasukan Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi PBB di Mali (MINUSMA) berlepas dari Ber selepas tentera Mali pada Sabtu memaklumkan, enam askar mereka mati manakala 24 orang pengganas daripada ‘kumpulan pemberontak bersenjata’ terbunuh dalam pertempuran di kawasan itu pada Jumaat.

Bekas pemberontak dari kumpulan etnik Tuareg turut berkata, tentera dan kumpulan tentera upahan Russia, Wagner, menyerang pasukan mereka di Ber pada Jumaat.

“MINUSMA mempercepatkan pengundurannya dari #Ber kerana keadaan keselamatan yang semakin merosot di kawasan itu dan melihat kepada potensi risiko yang tinggi kepada anggota kami.

“Kami menggesa semua pihak yang berkenaan untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh menambah kerumitan kepada operasi,” kata pasukan itu pada Ahad menerusi aplikasi X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Bagaimanapun, bilangan tentera yang terbabit atau butiran mengenai tarikh pasukan itu berundur, tidak dinyatakan.

Dalam satu mesej yang disiarkan lewat malam tadi, pasukan itu menambah: ‘Konvoi MINUSMA yang berundur dari Ber hari ini diserang sebanyak dua kali’.

Tambah pasukan itu, tiga anggotanya yang cedera dipindahkan ke Timbuktu untuk menerima rawatan.

Kenyataan itu turut memberitahu, serangan terhadap pasukan pengaman boleh menjadi jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, tentera Mali dalam satu kenyataan pada petang semalam, berkata pihaknya menawan kem Ber selepas berlaku banyak kes yang mengkucar-kacirkan pergerakan unit itu.

Katanya, anggota tentera mereka diserang ketika mara ke arah Ber semalam, namun tidak mendedahkan siapa penyerang berkenaan.

Serangan kumpulan bersenjata terhadap tentera Mali juga bertambah sejak kebelakangan ini, yang menyebabkan enam anggota tentera maut dan empat cedera setakat ini, menurut kenyataan tentera.

Sejak beberapa hari lalu, wilayah Ber menyaksikan ketegangan antara tentera Mali dan askar upahan Kumpulan Wagner dari Russia, menentang CMA, kumpulan pemberontak gabungan etnik Tuareg yang menuntut kemerdekaan daripada Mali di utara negara itu.

Jurucakap CMA semalam meminta MINUSMA supaya hanya tinggalkan Ber dan jangan serahkannya kepada tentera, yang memerintah Mali sejak 2020 dan menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengundurkan MINUSMA menjelang hujung tahun ini.

Malah, UNSC pada Jun sudah memutuskan untuk meninggalkan Mali, bermula dengan pangkalan utama Ogossagou awal bulan ini, namun kini proses itu terpaksa dipercepatkan. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here