Home Ulasan Wartawan TAKUT KAHWIN KERANA KOMITMEN

TAKUT KAHWIN KERANA KOMITMEN

262
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan ImedikelTV

Tidak dinafikan semakin meningkat dewasa semakin banyak komitmen yang perlu digalas oleh seseorang individu.

Ketika ramai orang di dunia ini mengimpikan kehidupan bersama pasangan selepas alam perkahwinan, namun masih ada  segelintir yang mengalami perasaan gemuruh, takut dan fobia untuk hidup bersama orang lain.

Dikenali sebagai ‘Gamophobia’, ia merupakan satu perasaan takut kepada alam perkahwinan, dimana individu tersebut tidak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen kepada satu kehidupan baharu.

Ada yang lebih rela hidup bersendirian kerana takut terhadap komitmen dalam hubungan.

Persoalannya, wajarkah seseorang itu takut kahwin kerana komitmen yang akan ditanggung.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat dan komen orang ramai berkaitan isu tersebut.

Hazimah Hamedan, 24, dari Pahang bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana sekarang kesemua perkara memerlukan komitmen yang tinggi di antara pasangan daripada segi kewangan dan masa.

“Kalau seorang pasangan sahaja bekerja memang tidak cukup untuk menanggung keluarga seperti bayar rumah, kereta, makanan dan perbelanjaan harian malah jika dikurniakan zuriat lagi besar komitmen macam saya kerja tadika saya nampak struggle nya ibu bapa untuk bagi education pada anak dengan zaman sekarang yang sudah terbuka dengan pelbagai perkara.

“Satu lagi pada saya, kalau nak berumah tangga lebih baik ada simpanan untuk kecemasan selepas kahwin dengan keadaan ekonomi sekarang kalau di awal perkahwinan mungkin tidak akan menimbulkan apa-apa masalah dalam komitmen tetapi seandainya diberikan rezeki awal itu adalah permulaan komitmen yang besar untuk pasangan dalam membesarkan anak mereka dengan sebaiknya namun itu semua rezeki datang dari Allah Taala,” katanya.

Aina Maisarah Ruzlan, 24, dari Tumpat, di sini, berkata segelintir masyarakat takut untuk berkahwin awal disebabkan komitmen kerana kebanyakkan orang merasakan kalau kahwin awal akan memikul banyak tanggungjawab.

“Pada mereka apabila sudah berumahtangga mereka akan rasa terikat dengan pasangan mereka sendiri dan masa untuk bersama keluarga dan kerja itu sendiri,” katanya.

Aqila Nasuha Nor Zaidi, 24, dari Jeram, Selangor, menjelaskan orang yang takut untuk berkahwin kerana komitmen mungkin disebabkan pengalaman benda berdasarkan keluarganya sendiri.

“Dia mungkin Nampak kedua ibubapanya bergaduh setiap hari sampai bercerai berai dan akhirnya dia sendiri takut untuk berkahwin atas faktor itu, kira macam trauma la.

“Mungkin juga dia tidak bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai suami isteri atas beberapa faktor paling jelas sekali disebabkan kewangan la jadi instead of kahwin dia lagi selesa couple sebab tidak ada tanggungan dan komitmen malah yang sedia ada pun tidak akan bertambah,” katanya ketika dihubungi Imedikel TV bagi mengulas isu tersebut.

Walaubagaimanapun, hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi dan dituntut di dalam agama Islam setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut.

Begitu juga dengan manusia melalui sebuah perkahwinan, di situlah setiap pasangan dipertemukan dan bersama-sama mengharungi segala suka duka kehidupan oleh sebab perlu lah seseorang individu untuk berani menempuh segala ujian dan komitmen dalam alam perkahwinan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here